Siti Nurhaliza Dikecam Nyanyi Di Smule


Siti Nurhaliza Dikecam Nyanyi Di Smule


Siti Nurhaliza kini telah mencuba aplikasi Smule yang semakin popular dikalangan peminat kareoke dan mereka yang suka menyanyi.

Namun penglibatan Siti di arena Smule itu menerima kritikan dari sesetengah pihak yang mengatakan ianya menjatuhkan kredibiliti Siti sebagai penyanyi tersohor negara.

Ini jawapan dari Siti:

“Ramai yang bertanya, mengapa saya mencuba aplikasi Smule? Saya tahu aplikasi itu menjadi tempat untuk mereka yang menggemari nyanyian merakamkan video seolah-olah sedang berduet dengan penyanyi yang diminati. Salahkah saya jika mempunyai minat sama seperti orang lain.

“Saya juga sama seperti mereka, cuma mungkin yang membezakan kami apabila kerjaya saya sebagai penyanyi menjadikan saya dikenali ramai. Namun, saya juga mempunyai minat dan keinginan untuk mencuba aplikasi terbaru, apatah lagi jika ianya membabitkan kerjaya nyayian.

“Secara tak langsung, aplikasi ini buat saya dekat kepada peminat. Mereka yang tak berkesempatan bertemu saya secara peribadi, dapat melunaskan impian mereka menerusi Smule. Saya melihatnya dari sudut positif,” 

Pada masa yang sama, bentuk badan Siti yang semakin berisi turut menjadi bualan ramai apabila ada yang menganggap mungkinkah penyanyi itu sedang hamil, namun Siti menafikannya. Jelasnya, dakwaan itu mungkin dibuat kerana sikapnya yang suka menarik baju dibahagian perut kerana ingin melindingi bahagian yang berisi.

Sumber: BH / Rotikaya

0 comments:

Post a Comment