Zalif Sidek Mengamuk Di Airport?


Zalif Sidek Mengamuk Di Airport?



Satu ruang gosip akhbar Utusan ada melaporkan Zalif Sidek mengamuk di lapangan terbang setelah beg yang beliau hendak dibawa oleh beliau ke dalam pesawat telah melebihi had berat yang ditetapkan.

Akhbar itu melaporkan Zalif merasa berang dan menghempas begnya di kaunter tetapi Zalif tampil menafikan gosip berkenaan dan menganggap segala tuduhan tersebut adalah fitnah yang melampau.

Zalif juga percaya bahawa penulis ruangan itu menyerang beliau secara peribadi kerana turut mengheret kisah silamnya. Menurut Zalif, wartawan akhbar itu juga tidak menghubungi beliau untuk bertanyakan hal yang sebenar.

Ini komennya:

Saya terkejut apabila timbul gosip sebegini kerana wartawan itu tiada inisiatif mengesahkan cerita itu daripada mulut saya sendiri walhal saya boleh dihubungi bila-bila masa. 

Kalau ikutkan ada rakan yang menyarankan saya menyaman pihak terbabit namun jika boleh saya mahu menyelesaikannya secara baik.

Secara logiknya, mana mungkin seorang manusia waras, saya ingin membuat onar di tempat awam. Saya tidak meninggikan suara langsung inikan pula mengamuk. Hanya salah faham berlaku apabila staf di bahagian kaunter tersalah beg tetapi diselesaikan secara baik.

Zalif juga kecewa apabila dilabel artis “sendu” dan membuka segala aib tentang kisah percintaan beliau.

0 comments:

Post a Comment