Sunday, January 29, 2017

Pemuda Hilang Di Bukit Broga Dedah 'Dijaga' Seseorang Di Dalam Hutan

Pemuda Hilang Di Bukit Broga Dedah 'Dijaga' Seseorang Di Dalam Hutan



Ini satu kisah menarik untuk dibaca.

Ramai yang tertanya apa yang berlaku kepada Mohd Azarul Mukhriz Abd Rahman, 20, yang ditemui selamat semalam.

Pemuda ini  hilang selama tujuh hari di Bukit Broga.

Dalam satu pendedahan terbaru, dia dikatakan 'dijaga' seseorang.

Bapa saudaranya, Ahmad Saad berkata, Azarul ada memberitahunya dia dijaga seseorang ketika kehilangannya di Bukit Broga.

Ini pendedahan bapa saudaranya:

"Namun dia (Azarul) tidak mendedahkan siapa dan bagaimana orang yang menjaganya itu, dia hanya memberitahu makan buah hutan dan minum air terjun untuk kelangsungan hidup.

"Keadaannya kini bertambah baik dan kami berharap dia dapat dibenarkan pulang dalam masa terdekat dan akan membawanya pulang ke Kedah,"


Mohd Azarul hilang selama 6 hari sebelum berjaya ditemui empat pendaki termasuk dua warga Britain pada jam 9.30 pagi dalam keadaan keletihan serta berkaki ayam kira-kira 250 meter dari lokasi dia dilaporkan hilang.

0 comments:

Post a Comment