"Memang Sakit Hati" - Wany Hasrita Luah Perasaan Dibuli Di AJL32

 
Penyanyi Wany Hasrita meruapakn salah seorang peserta Anuegrah Juara Lagu kali ke 32. Ini kali pertama Wany Hasrita melangkah ke Anugerah Juara Lagu.

Namun, ada kisah yang tidak sedap dilalui oleh Wany Hasrita di AJL32.

Dikatakan ekoran persembahannya di pentas AJL32, Wany Hasrita teruk dikecam dan menjadi mangsa buli siber (cyber bully).

Wany Hasrita sendiri mengaku terkesan dengan kritikan dan kecaman daripada netizen tentang persembahannya pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) pada malam Ahad lalu.

Penyanyi berumur 26 tahun ini, berkata dia tidak mahu terlalu memikirkan hal tersebut dan hanya ingin memberi fokus terhadap kariernya selepas ini.

Malah Wany telah memuatnaik luahan hati di laman Instgramnya tentang orang ramai membulinya di alam siber.

Wany ada memuat naik status menerusi laman Instastorynya dengan mengatakan kewujudan buli siber dan mendoakan tidak ada sesiapa yang perlu melalui situasi tersebut.

Ini luahannya:

"Buli siber benar terjadi. Saya berdoa agar semua orang tidak perlu melalui situasi seperti ini,"


Kemudian, menerusi portal mStar, Wany menerangkan dia meluah rasa sakit hati tentang isu siber buli ini kerana mahu memberi kesedaran kepada orang ramai.

Ini komen Wany Hasrita:

"Tujuan saya muat naik status terdapat buli siber bukan kerana berasa tertekan. Tapi ingin memberi kesedaran pada orang luar bahawa buli siber itu sememangnya wujud.

"Baru saya tahu perasaan orang yang melalui situasi buli siber. Memang menyakitkan hati. Pada awalnya, tidak dinafikan saya terkesan juga dengan kritikan netizen.

"Tapi hanya sekejap sahaja. Saya dah lakukan yang terbaik pada malam itu. Jadi, lebih baik saya fokus pada karier selepas ini,"

Rata-ratanya netizen meluahkan rasa tidak berpuas hati dengan nyanyian Wany yang dikatakan sumbang, malah gimik ‘drama’ pembuka persembahan juga tidak sesuai dan ketinggalan zaman ketika mempersembahkan lagu Menahan Rindu.

Bagaimanapun, Wany menjelaskan idea dan konsep tersebut bukan datang daripada pihaknya atau pihak pengurusan namun hanya mengikut kehendak pihak ketiga.

Ini katanya lagi:

"Pihak tersebut yang mahukan konsep seperti itu. Saya sebagai pendatang baru hanya ikut sahaja. Takkan saya nak demand atau jadi diva,"

"Kalau ikutkan saya sendiri mahukan konsep yang berlainan dan sesuatu yang boleh orang ingat sampai bila-bila.

"Lagu Menahan Rindu itu sendiri mempunyai maksud yang banyak. Bukan hanya untuk kekasih sahaja tetapi rindu pada ahli keluarga juga," 

Apapun Wany Hasrita telah buat yang terbaik pada malam AJL 32. Semoga selepas ini Wany akan lebih hebat di pentas AJL pada masa yang akan datang.


Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment