Dugaan Buat Anzalna Dan Suami Tatkala Hari Raya Semakin Tiba

Dugaan Buat Anzalna Dan Suami Tatkala Hari Raya Semakin Tiba


Nampaknya pelakon Anzalna dan suaminya, Hanif Zaki menerima sedikit dugaan dikala hari raya bakal menjelang.

Selepas beberapa hari mengalami sakit perut, suami kepada pelakon jelita, Anzalna telah dimasukkan ke sebuah hospital swasta berdekatan pagi tadi akibat gastrik.

Menurut Anzalna lagi, suaminya itu mengalami luka di dalam perut dan dijadualkan berada di hospital untuk pemeriksaan lanjut dari doktor.


Ini komen Anzalna:

“Sejak minggu lalu suami saya sudah mengadu sakit perut, namun tak berjumpa doktor. Saya membawanya ke hospital setelah dia mengadu sakit, pagi tadi. Tak sangka pula keadaannya makin teruk hingga dimasukkan ke wad. Saya kurang pasti faktor utama penyakitnya itu, sebelum ini dia tidak mengalami gastrik,”

Setelah berkahwin, Anzalna akui kehidupan selepas bergelar isteri kepada ahli perniagaan itu lebih bahagia berbanding ketika dirinya masih solo dahulu.

Anzalna juga teruja apabila tahun ini pertama kali berpuasa dan juga menyambut hari raya bersama suami tersayang.

Semoga cepat sembuh ye Hanif Zaki !!

0 comments:

Post a Comment