Friday, June 17, 2016

Fauziah Latiff Dedah Punca Tangguh Perkahwinan


Fauziah Latiff Dedah Punca Tangguh Perkahwinan


Ppenyanyi Fauziah Latiff terus menjadi bualan hangat para peminatnya berikutan penyanyi itu sebelum ini mendedahkan bakal berkahwin dengan seseorang namun sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi tentangnya.

Fauziah Latiff sebelum ini pernah memberitahu media akan melangsungkan perkahwinannya sekitar tahun lalu selepas beberapa kali tertangguh.

Tentang perkembangan terbaru perkahwinannya, Fauziah kaui mereka masih belum tetapkan tarikh kerana sibuk dengan kerjaya masing-masing.

Ini komennya:

“Memang kami sepatutnya berkahwin, namun apa daya kerana belum menemui masa sesuai. Saya tidak mahu terburu-buru dan kami masih dalam fasa mengenali hati budi masing-masing,” 

Sebelum ini, Fauziah pernah dua kali mendirikan berkahwin namun berkahir dengan penceraian.

Perkahwinan pertamanya dengan Syed Budriz Putra berlangsung pada 1992, namun mereka berpisah selepas tiga tahun.

Fauziah kemudian berkahwin dengan ahli perniagaan, Johan Indot, di London dan bercerai juga.

0 comments:

Post a Comment