Isteri Benarkan Ajak Shiro Kahwin Satu Lagi


Isteri Benarkan Ajak Shiro Kahwin Satu Lagi


Isteri Ajak Shiro membuat kejutan apabila memberi kebenaran suaminya Ajak Shiro untuk berkahwin satu lagi. Perkara ini diakui sendiri oleh Ajak.

Ajak memang gembira dengan perkara tersebut namun setelah diberi kebenaran keinginan untuk berkahwin seorang lagi hilang pula.

Ini komen Ajak:

“Orang rumah (isteri) pernah menyuarakan hasrat memberikan kebenaran kepada saya menambah cawangan (isteri), namun saya berpendapat, kesempurnaan yang dicari pada seorang wanita sudah saya temui. Jadi, saya rasa tidak perlu untuk berkahwin satu lagi”

“Tipulah sekiranya saya tidak punya keinginan untuk berkahwin lain, namun saya perlu berhati-hati, adakah wanita yang bakal saya kahwini itu menyayangi seikhlas hati seperti isteri dan bukan bersandarkan populariti semata-mata”

"Sudah menjadi lumrah, apabila dilarang, kita terasa seperti ingin melanggar perkara itu. Jadi apabila diberikan lampu hijau, keinginan itu hilang pula,” 

Isteri Ajak, Nur Afifah merupakan kekasih sejak zaman sekolah dan memang popular sebagai pasangan yang bahagia.

Sumber: BH

0 comments:

Post a Comment