TAHNIAH! Fiza Elite Tayang Suami Baru Sempena Hari Raya, Nikahi Pilot

TAHNIAH! Fiza Elite Tayang Suami Baru Sempena Hari Raya, Nikahi Pilot


Selebriti Fiza Halim atau Fiza Elite pernah menjadi tumpuan apabila bercerai dengan penyanyi kelahiran Akademi Fantasia, Adam pada Januari tahun lalu.

Pada hari raya tahun ini, Fiza Elite yang kini berumur 36 tahun dilihat memuatnaik beberapa keping gambar mesra bersama seorang lelaki.

Apabila melihat gambar-gambar di Instagram, rupa-rupanya Fiza Elite telah bernikah dengan seorang juruterbang bernama Jefri.

Jefri merupakan seorang duda anak tiga sebelum berkahwin dengan Fiza Elite.

Fiza yang pernah mengaggotai kumpulan Elite, telah memuatnaik beberapa keping gambar mesra sedang membetulkan butang baju Melayu yang dipakai oleh suaminya itu.

Malah menerusi instagram milik Jefri, dia ada juga berkongsi beberapa gambar bersama Fiza ketika menyambut Syawal.

Memang amat romantik pasangan baru berkahwin ini.

Ini fotonya:







Untuk pengetahuan ini merupakan pekahwinan ketiga Fiza. Semoga perkahwinan Fiza pada kali ini berkekalan sehingga ke akhir hayat

Sehingga kini Fiza Elite masih lagi tidak mahu memberi sebarang kenyataan berhubung pernikahannya dengan jejaka bernama Jefri itu.

0 comments:

Post a Comment