Kemelut Melanda, Ini Kenyataan Penuh Fasha.. Akui Ke Mahkamah Dengan Nora Danish


Ini berita tentang kemelut antara dua pelakon popular di Malaysia. Siapa lagi kaalu bukan Nora Danish dan juga Fasha Sandha.

Persiapan Siti Aafiyah Beraya Di Kampung Siti Nurhaliza, Datuk Khalid


Bayi paling popular di Malaysia pada tahun ini sudah tentu anak kepada penyanyi tersohornegara iaitu Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Nama bayi comel si pipi merah itu ialah Siti Aafiyah binti Khalid Jiwa.

Datuk Seri Siti Nurhaliza merasakan bahawa tahun ini rayanya lebih bermakna dengan kehadiran puteri sulung nya itu.

Apatah lagi Siti Aafiyah kini kelihatan semakin comel.

Menurut penyanyi yang amat popular dengan lagu Cindai dan Jerat Percintaan itu, seperti biasa pada hari raya Aidil Fitri, mereka sekeluarga akan pulang ke kampung suaminya di Kedah dan kampung halamannya di Kuala Lipis, Pahang.

Dalam pada itu, ditanya mengenai persiapan hari raya pula, Siti Nurhaliza mengucapkan terima kasih kepada mereka yang mengirimkan hadiah untuk anaknya itu.

Siti Aafiyah akan memakai baju raya yang dihadiahkan oleh orang ramai kepada bayi comel itu.

Ini videonya:

Ini komen Siti Nurhaliza:

"Saya sendiri tak sabar untuk bawa Aafiyah ke Lipis untuk bertemu dengan saudaranya yang lain.  Cuma tak tahu bila sahaja lagi"

"Untuk Aafiyah, dah banyak bajunya, dan saya sendiri tak mahu membazir.  Tetapi untuk baju raya yang matching dengan saya tu, saya akan tempahlah"

Ramai yang tak sangka, walaupun dengan statusnya sebagai penyanyi yang hebat dan ahli perniagaan yang berjaya, Datuk Seri Siti Nurhaliza tetap menerapkan elemen berjimat dan tidak mahu membazir dengan hanya pakai apa yang ada sahaja buat si kecil ini.

Alahai bertuahnya  menjadi anak kepada penyanyi nombor satu negara ini.

Apapun, semoga Siti Aafiyah menjadi anak yang solehah nanti, amin.



Panas Di MeleTop: Awal Ashaari BAHAN Neelofa, Nama 'Mira' Pula Naik


Ungkapan 'Good Job Lofa', itulah antara pujian melambung dari para penonton dan juga netizen yang memuji pengacara MeleTop iaitu Neelofa ketika mengacarakan rancangan itu Selasa lalu.

Di MeleTop pada minggu ini menyaksikan banyak isu-isu panas yang menarik perhatian netizen terutamanya melibatkan individu bernama Mira.

Nama Mira turut disebut-sebut semasa program Meletop melibatkan pengacaranya, Nabil dan Neelofa serta tetamu undangan iaitu Awal Ashaari, Scha Al-Yahya, Lara Alana dan Ayda Jebat.

Semuanya bermula apabila nama isteri Nabil iaitu Zira dikatakan hampir sama dengan nama Mira.

Jenaka ini berterusan apabila Awal Ashaari dan juga Ayda Jebat turut bersama-sama cuba membahan nama tersebut yang dikaitkan dengan video individu yang mirip dengan wajah Syafiq Kyle.

Ramai yang memuji sikap Neelofa yang segera cuba mengubah topik dan meminta agar mereka yang berada di atas pentas itu supaya lebih menjaga tingkah laku dan behave.

Ini videonya:



Awal Ashaari: "Sejak bila nama tukar Mira"

Nabil: "Zira bukan Mira.. Apa nama kau sebut tadi?"

Neelofa: "Aku yang takut, kecut perut kat sini, jaga mulut sikit boleh tak? Aku tak join coversation ni"

Ayda Jebat: " Tadi dia cakap nama Mira"

Scha Al Yahya: " Salah bual la, I pun nak balik lah"

Neelofa: "Janganlah korang, tak baiklah"

Video sedutan rancangan MeleTop itu lantas menjadi bualan ramai terutama para penonton.

Diruangan komen, banyak  yang menghemburkan kata-kata pujian terhadap Neelofa yang bijak mengawal keadaan ketika itu.

Yang menambah lawaknya ialah apabila Awal Ashaari telah memakai turban dan membahan pengacara Neelofa secara spontan.

Awal Ashaari memakai kain sampin di kepalanya dan menyatakan dirinya seperti Neelofa memakai turban di Koh Samui dan disambut dengan gelak tawa dari para penonton di set MeleTop.

Apapun memang lawak dorang ni.

Untuk pengetahuan, Awal Ashaari, Scha, Lara Alana dan Ayda jebat datang ke set MeleTop untuk mempromosikan jenama baju raya Jakel.


"Kami ada group tapi... tak mahu guris perasaan Syafiq" - Pendedahan Amyra Rosly


Drama bersiri berjudul Nur kini sedang hangat ditayangkan menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 10 malam di channel TV3.

Lama Menghilang, Anita Sarawak Hidap Sakit Kanser?


Penyanyi dan pelakon popular Anita Sarawak telah menghilangkan diri dari dunia seni pada tahun 2011.

Sejak itu, selama hampir tujuh tahun Anita Sarawak tiada perkhabaran berita dan terus hilang daripada radar dunia hiburan.

Macam-macam versi cerita tersebar, tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Semua yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya.

TERSEREMPAK

Kini kecoh pula kisah mengatakan Anita Sarawak telah kembali menetap di Singapura, selepas seorang peminat terserempak dengannya.

Peminat itu menyatakan dia terserempak dengan Anita di sebuah restoran makanan segera yang agak terpencil di Ang Mo Kio.

Dari laporan Berita Harian, peminat itu yakin wanita yang ditemui bersama seorang lelaki Mat Salih berambut hitam diyakini adalah suaminya, Mahathir Abdullah.

Ini kenyataannya:

"Saya yakin wanita itu adalah Kak Nita apabila mendengar suara dan melihat bibirnya. Bagaimanapun, wajahnya cengkung dan rambutnya tidak diwarnakan lagi.

"Saya lihat Kak Nita amat berbeza kali ini. Raut wajahnya seperti orang sakit. Ketika memerhatikannya, dia sedang makan ubat.

"Saya duduk hanya jarak dua meja daripadanya. Saya percaya, itulah Kak Nita kerana saya duduk bertentang dengannya,"

RAWATAN KANSER

Bagaimanapun, berita terbaru yang kedengaran, Kak Nita kini dikatakan mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.

Khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya, tetapi tidak diizinkan membuka mulut atas permintaan penghibur itu sendiri.

Dikatakan, wajah Anita Sarawak sudah jauh berbeza hingga peminat tidak lagi mengenalinya.

Memang banyak cerita yang tidak pasti diperkatakan, sampaikan tidak tahu mana yang betul dan mana pula yang salah.

Mungkin ada benarnya Anita Sarawak kurang sihat berdasarkan cerita peminat yang menemuinya itu.

Sekiranya benar Anita Sarawak ditimpa ujian berdepan penyakit kanser, semoga penghibur popular ini tabah dan terus kuat dengan ujian itu.


Suami Pelakon Ditahan Polis


Melalui laporan Kosmo, suami kepada pelakon drama 'Isteri untuk diiktiraf' berpangkat Datuk telah ditahan pihak polis selepas tampil memberi keterangan berkaitan kes penipuan pelaburan Forex dan Bitcoin melibatkan 129 laporan polis dengan kerugian RM13.9 juta.

Menurut sumber, penahanan itu dibuat pada jam 12 tengah hari tadi, di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara Menara 238 Jalan Tun Razak, di sini.

Ini kenyataan polis:

"Lelaki berpangkat Dato berusia 32 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan melibatkan 129 laporan polis dengan jumlah kerugian sebanyak RM13.9juta. Proses reman terhadap lelaki ini akan diambil esok"

Dari laporan portal Kosmo difahamkan, usahawan permotoran itu merupakan suami kepada pelakon wanita berusia 23 tahun dan mereka juga baru saja mendirikan rumahtangga pada 18 Mac lalu.

Sebelum itu, pasukan polis telah menahan suspek berpangkat Datuk berusia 35 tahun, di Pejabat Pasukan Siasatan Jenayah Pengubahan Wang Haram Urus Setia Ketua Polis Negara kira-kira jam 5.30 petang, 15 Mei lalu.

Suspek yang juga pemilik sebuah syarikat produksi dan pernah bekerjasama dalam pembikinan sebuah filem terkenal tempatan kemudian direman tujuh hari.

Penahanan suspek ini juga susulan kes penipuan pelaburan selepas berkenalan dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Datuk Paduka Shakiran pada awal September 2014.

Mangsa seorang wanita berusia 47 tahun telah ditawarkan untuk menyertai satu skim pelaburan di mana skim tersebut didakwa mampu memberi keuntungan berlipat ganda kepada mangsanya.

Terpedaya dengan tawaran tersebut, mangsa merupakan peniaga telah memasukkan RM10,500 pada awal Oktober 2014 ke dalam akaun milik syarikat yang diarahkan suspek.

Mangsa bagaimanapun menyedari dirinya tertipu selepas tidak memperolehi sebarang bayaran keuntungan seperti yang dijanjikan.

Mangsa akhirnya membuat laporan polis di Balai Kajang pada 2 November tahun lalu.

Pihak Polis menasihatkan orang ramai yang menjadi mangsa penipuan Pelaburan Forex GWGFX dan Bitcoin Bitkingdom diminta untuk tampil membuat laporan polis.

"Saya mengambil keputusan untuk.." - Kenyataan Terakhir Faiz Roslan


Instafamous yang sedang menjadi buah mulut orang ramai,  Faiz Roslan kini terpaksa menyahaktifkan akaun Instagram miliknya.

Kesian.. Syura Jalani Rawatan, Kena Penyakit Misteri


Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura Badron membuat kenyataan mengatakan dia kini telahpun pulih daripada penyakit misteri yang dialaminya.

Penyakiy misteri ini mula dialami olehnya sejak tahun lepas.

Kata Syura, dia dibawa oleh rakan yang juga penyanyi Bob Yusof untuk berubat secara tradisional bagi memulihkan dirinya yang selalu berdepan dengan mimpi-mimpi pelik sebelum ini.

Ini kenyataan dari Syura:

"Alhamdulillah, selepas Bob bawa saya berubat secara tradisional tak ada perkara-perkara aneh berlaku lagi.

"Saya pun sudah tidak bermimpi yang pelik-pelik seperti sebelum ini. Cuma berat badan saya susut,"



Mengimbas kembali, Syura mendedahkan dia mengalami penyakit misteri sekitar Disember tahun lalu ketika berada di Indonesia untuk merakamkan lagu baru.

Selain muntah berterusan, penyanyi lagu Bakawali itu mengalami sakit kepala teruk dan hilang suara.

Ini antara perkara pelik yang dialami Syura tentang penyakitnya.

~Suara pasti hilang setiap kali waktu pagi.

~Alami migraine dan secara tiba-tiba kebas sebelah badan.
  
~Telah ditegur oleh Datuk Fadzilah Kamsah selepas terserempak beberapa minggu lalu membuatkan saya kembali terfikir.

~Datuk ada bertanyakan sama ada Syura mengalami mimpi buruk atau rasa pelik, selain itu dia juga memberitahu rasa seram melihat Syura.

~Kawan seram melihat wajah Syura sampai takut nak tegur

Syura mendedahkan dia mula terkena penyakit misteri itu sewaktu merakamkan lagu di Indonesia sekitar September tahun lalu.

Berat Syura juga telah turun sebanyak 12 kg sejak terkena penyakit itu walaupun dia akui masih makan seperti biasa.

Akhirnya Ini Respon Keluarga Syafiq Kyle


Pelakon popular Syafiq Kyle kini sedang diduga dengan kontroversi di bulan Ramadhan ini.

Penyebaran video itu bernar-benar membuat kan nama Syafiq Kyle menjadi buruan orang ramai.

Kini Syafiq telahpun memberi kenyataan tentang perkara itu yang mana dia tidak mahu terus membincangkan video berkenaan secara terus dan mahu ianya ditamatkan segera.

Isu ini yang hanya boleh menjejaskan tumpuannya dalam bidang lakonan.

Menerusi satu sidang media khas yang diadakan semalam bersama rakan media, pelakon ini memilih untuk tidak mengulas secara terperinci isu kontroversi yang melanda.

Pihak pengurusan Syafiq akan membantunya untuk menyelesaikan masalah berkenaan secara profesional.

Kisah ini bukan sahaja memberi impak kepada dirinya, malah ianya turut memberi kesan buat keluarga.

Melalui Media Hiburan, Syafiq akui perkara ini bukan satu benda yang bagus dan sememangnya keluarga akan turut terkesan.

Ini kenyataan Syafiq Kyle:
"Apa pun benda tersebut, ia adalah benda yang tidak elok. Kenyataan yang keluar mengenai anak mereka misalnya saya berlakon, dapat terlibat dalam drama yang bagus dan sebagainya. Dan kemudian, kenyataan yang sama keluar menerusi medium sama tetapi ia sesuatu benda yang buruk pula.

"Sudah tentu sebelum mereka jatuh, saya sudah jatuh dulu. Apa yang berlaku adalah di luar pengetahuan mereka pun. Jadi tentunya mereka perlukan penjelasan daripada saya sendiri"

Namun, walaupun perlara ini berlaku, Syafiq meluahkan rasa syukur dan bangga kerana dia mempunyai keluarga yang banyak memberikan semangat di waktu susah sebegini.

"Saya bangga kerana ada keluarga yang sokong, sayangkan anaknya. Mereka merupakan support system saya yang ‘paling A’ ketika ini. Kalaulah tidak ada mereka, rasanya saya sendiri tidak akan hadir di sidang media."

"Rasa tiada semangat untuk datang" 

"Tapi tipu kalau saya tak cakap benda ni akan memberi kesan kepada live mereka. Jadi saya kenalah bangun untuk tunjuk kepada mereka mengenai perkara yang lebih baik daripada ini. Sekurang-kurangnya sesuatu yang bagus"

Ditanya adakah keluarga terutama ibu bapanya menangis apabila mengetahui isu tersebut mulai diperkatakan, pelakon berusia 26 tahun ini menjawab;

"Rasanya dia (keluarga) menangis dulu sebelum dia jumpa saya…"

Semoga Syafiq Kyle sekeluarga tabah dengan dugaan di bulan Ramadhan ini. Mungkin ada hikmahnya.

Tak Ada Etika, Sharifah Sakinah



Nama sebagai seorang artis sudah tentu banyak pengaruhnya. Pengaruh yang kuat ini mempu menarik publisiti dan juga membolehkan seseorang artis itu untuk mempromosikan sesuatu.

Tetapi kadangkala, populariti yang di raih oleh seseorang artis itu boleh disalah gunakan oleh sesetengah pihak yang suka mengambil kesempatan.

Ini yang berlaku kepada pelakon popular Sharifah Sakinah.

Semalam menerusi satu entry di laman IG miliknya, pelakon ini telah meluahkan perasaan menyatakan rasa tak puas hati dengan ada pihak yang menyalah ertikan perkongsiannya.

Sharifah Sakinah terkilan apabila ada agen penapis air Cuckoo yang mencuri gambarnya untuk mempromosikan produk berkenaan.

Ini luahan dari Sharifah Sakinah:

Hello Semua!

In my previous video, if you guys noticed I was in sister's house for iftar and I just happened to stand beside a Cuckoo machine to explained the importance of drinking 8 glasses per day. That's all. I repeat, I just happened to stand beside a Cuckoo machine. It's not my house, I'm not using it nor promoting it.

So please to all agents of Cuckoo stop abusing and stealing my video/pic and claimed that I'm promoting your product. Just stop please. It's unethical. Thank you.

"Dalam video sebelum ini, kalau kalian perasan, saya berada di rumah kakak saya untuk berbuka dan kebetulan saya berada di sebelah mesin Cuckoo untuk menjelaskan kepentingan minum 8 gelas sehari. Itu sahaja. itu bukan rumah saya dan bukan gunakannya untuk promosi.

"Jadi diharap semua ajen Cuckoo hentikan curi video dan gambar saya dan buat clain mengatakan saya promosikan produk anda. Itu tiada etika. Terima kasih.



Sharifah Sakinah meminta semua agen yang menggunakan nama dan gambar nya untuk berhenti berbuat demikian.

Katanya, dia hanya prmosikan kepentinganminum air dan bukannya produk tersebut.


Selain Faiz Roslan, Hafiz Hamidun Saran Parodi Mak Jemah, FaizDickie Dan Ucoppp Dihentikan!


Ketika ini, nama Faiz Roslan memang sedang hangat dibualkan oleh semua masyarakat.

Bukan boleh dibanggakan, kerana Faiz dikritik teruk ekoran beberapa video yang dimuatnaik olehnya di laman media sosial.

Antara paling teruk ialah video mengaku tidak berpuasa secara terang-terangan.

Kerana perbuatannya itu, bukan sahaja mencetuskan kemarahan dikalangan netizen malah dikalangan artis turut berasa terkilan menonton video itu.

Azza Elite sebelum ini dengan lantang menyatakan rasa marah denga video tersebut dan telah meluahkan rasa kecewanya di Instagram, kali ini Hafiz Hamidun juga telah meluahkan pandangannya di laman Twitter.

Kata Hafiz Hamidun, perbuatan Faiz itu bukan sahaja tidak disukai Allah malah dikalangan manusia pun ramai yang tak menyukainya.

KOMEN TENTANG FAIZ ROSLAN

"Tak puasa sebab mengaku tak solat."

"Nanti bila orang tuduh hang macam-macam, melenting pulak. Up video pulak, mintak ramai-ramai pulak backup.

"Moral of the story: keep your sin to yourself. Jangan BANGGA dengan dosa. Bukan saja Allah tak suka, semua manusia benci."

Selain itu Hafiz juga menyarankan tak perlu lagi buat parodi dari lelaki jadi perempuan scara terang-terangan.

Ini termasuk parodi Johan jadi Mak Jemah dan kiga instafamous lain seperti FaizDickie dan juga Ucoppp.

Ini komen Hafiz Hamidun:

TAK PERLU MAK JEMAH, FAIZDICKIE, UCOPP

"This has to be stopped. Cukup-cukup lah bagi tauladan yang salah pada masyarakat. 

"Cukuplah tak payah dah Mak Jemah dalam Radio Era, Faizdickie punya “Sarabanon”, Ucop punya parody, (just to name a few)"

"Walaupun sekadar hiburan, tapi ni lah natijahnya..."



Itulah pandangan dari Hafiz Hamidun tentang isu yang semakin panas ini.

Mufti Panggil Faiz Roslan.. Baca Kenyataan Penuh


Ini perkembangan terkini tentang Faiz Roslan yang semkin popular dan menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Jejaka yang tampil dengan imej wanita ini terkenal dengan video parodinya namun tindakannya di bulan Ramadhan ini agak kurang ajar dan dilihat langusng tidak menghormati bulan puasa.

Malah Faiz secara terbuka mengaku tidak puasa dan memuatnaik video di laman media sosial miliknya.

Oleh kerana itu, memang teruk Faiz Roslan kena sekolah dengan para netizen.

Kali ini Mufti Wilayah tampil memberi kenyataan.

Ini komen dari Mufti Wilayah:

MUHAMMAD FAIZ ROSLAN

1. Sehari dua ini, kami terdengar isu yang begitu hangat diperbincangkan oleh netizen Malaysia berkenaan seorang instafamous anak muda lelaki yang sering memuatnaik gambarnya dengan pakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

2. Sejujurnya, saya baru sahaja meneliti beberapa maklumat yang diperoleh tentang anak muda ini melalui rakan-rakan staf di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya juga dimaklumkan yang beliau telah menutup akaun Instagramnya baru-baru ini atas sebab yang tidak diketahui.

3. Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik.

4. Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya.

5. Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

6. Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang beralamat di:

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.

Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Diharap Faiz Roslan dapat menjawa panggilan dan jemputan dari pihak Mufti supaya dia kembali ke jalan yang lurus. Dah jauh sangat terpesong tu.

Diharap dapat sebarkan supaya sampai jemputan ini dapat diketahui oleh tuan punya badan, Faiz Roslan.

"Kau Menjawab Siap Kau! Panas Hati Aku.." - Azza Elite Mengamuk Dengan Faiz Roslan


Ini lagi berkaitan isu Faiz Roslan lagi. Lelaki lembut yang viral ini sekali lagi mencetuskan kemarahan orang ramai apabila dengan bersdahaj muat naik video mengaku dirinya tak puasa dan sedang makan.