"Kami ada group tapi... tak mahu guris perasaan Syafiq" - Pendedahan Amyra Rosly


Drama bersiri berjudul Nur kini sedang hangat ditayangkan menerusi slot Samarinda pada setiap hari Isnin hingga Khamis, 10 malam di channel TV3.



Pelakon utama drama Nur ini tak lain tak bkan ialah pelakon penuh kontroversi, Syafiq Kyle.

Selain Syafiq Kyle, drama ini turut menampilkan pelakon seperti Amyra Rosli, Riena Diana, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar, Noorkhiriah dan Azhan Rani.

Pelakon utama wanita untuk drama ini ialah Amyra Rosli.

Melalui portal mStar, apabila ditanya tentang isu yang melibatkan Syafiq, Amyra Rosli mengambil pendekatan untuk tidak mengulas lanjut.

Amyra berkata, dia merasakan dirinya tidak berhak untuk bercakap tentang perkara itu namun berharap kes itu tidak lagi dibangkitkan kerana ia telah membuka aib seseorang.

Ini komen Amyra Rosli:

"Jujurnya saya sebolehnya tidak mahu mengulas mengenai apa menimpa Syafiq kerana ia tiada kena mengena dengan saya namun pertanyaan ini diajukan kerana drama lakonan kami, Nur sedang ditayangkan.

"Apa yang boleh saya katakan perkara lalu jangan dibangkitkan atau membuka aib seseorang itu dan berikan ruang kepadanya untuk menyelesaikan masalah tersebut," 

Isteri kepada Amar bahrin ini juga berkata, produksi drama tersebut mempunyai group WhatsApp namun tiada sesiapa yang ada bertanya tentang  isu panas yang melibatkan Syafiq kerana semua menghormatinya.

"Kami ada grup tapi tiada siapa bertanya mengenai perkara itu kerana menghormati dia dan situasi yang dihadapinya sekarang sudah cukup sukar.

"Saya sendiri pun tidak bertanya apa-apa kerana tidak mahu menguriskan perasaan Syafiq tambahan pula saya sendiri pun tidak tahu situasi sebenar,"

Amyra Rsoly berjata sedemikian ketika ditemui oleh wartawan mStar pada majlis Previeu Media Program Syawal Terima Kasih 2018 Media Prima pada malam Rabu.

Sejak Ahad lalu, dunia hiburan dikejutkan dengan viral nya satu video berdurasi dua minit menunjukkan wajah lelaki mirip Syafiq video call bersama seorang wanita dikenali sebagai Mira.


0 comments:

Post a Comment