Awie Buat Report Polis


Penyanyi dari kumpulan legenda Wings, Datuk Awie tampil memberi kenytaaan ekoran khabar angin kononnya seorang anggota kumpulan itu didakwa menghamilkan wanita, baru-baru ini.

Wanita itu dalam kenyataannya mendakwa dia sedang hamil lima bulan selepas melakukan hubungan dengan salah seorang anggota kumpulan Wings.

Namun Awie mahu wanita itu menunjukkan bukti kukuh dan sehingga kini, wanita itu tidak tampil untuk menunjukkan sebarang bukti berhubung dakwaannya.

Ini komen Awie:

"Saya akan tunggu sehingga tempoh yang diberikan kepadanya tamat sebelum buat laporan polis kerana dia (wanita terbabit) memalukan kumpulan Wings.

"Semua bukti juga sudah ada. Dakwaan wanita itu membabitkan nama kumpulan Wings dan saya tidak mahu perjuangan Wings selama 33 tahun musnah kerana isu ini," 

"Saya pernah bercakap dengan wanita itu. Dia mengugut mahu datang buat kacau ketika kami buat persembahan di hotel ini.

"Saya juga mencabarnya jika dia di pihak yang benar, sila buat ujian DNA dan laporan polis tetapi sampai sekarang tiada sebarang bukti dikemukakan pun," 

Kata Awie lagi, dia dan ahli anggota Wings yang lain akan sentiasa menyokong dan berada di belakang anggota kumpulannya yang dikaitkan dengan dakwaan itu.

"Biarlah saya yang ke depan dan bercakap bagi pihaknya (anggota terbabit) kerana belum ada bukti dia melakukan kesalahan itu.

"Rumah tangganya juga terjejas tapi mujur dia memiliki isteri yang bagus dan memahami apa yang dilalui Wings selama ini.

"Kami juga ada keluarga untuk disara dan tidak mahu nama Wings terjejas dengan dakwaan sedemikian," 

Tambah Awie jika benar salah seorang anggota kumpulan ini melakukan kesalahan, dia tidak akan berselindung untuk membantu mereka yang teranaiya.

Bagaimanapun tuduhan itu perlu disahkan dahulu memandangkan setiap dari anggota Wings juga mempunyai keluarga.

Ituah perkembangan terkini tentang isu yang agak panas ini.

0 comments:

Post a Comment