Keadaan Bekas Penyampai Hot FM Kian Nazak


Ini satu berita baru diterima tentang bekas penyampai radio Hot FM.

Keadaan kesihatan bekas penyampai radio Hot FM dan Manis FM, Rafly Rahamat, 32 tahun, dikhabarkan semakin tenat.

Mohd Rafly yang pernah bertugas sebagai deejay di Hot FM Terengganu.

SAKIT MISTERI

Menurut laporan Utusan, Mohd Rafly terlantar ekoran menghidapi penyakit misteri sejak beberapa bulan lalu.

Menurut sumber, kini sedang bertarung nyawa di rumahnya setelah dibawa keluar dari sebuah hospital di Kuantan, Pahang.

Mohd Rafly sebelum ini dimasukkan ke hospital berkenaan pada April lalu setelah hilang selera makan, lalu mengakibatkan berat badannya turun mendadak.

Dari laporan Utusan itu lagi, difahamkan, personaliti radio itu telah disantau menggunakan ilmu sihir oleh individu yang iri hati dengannya, malah ada juga berpendapat Rafly terkena buatan orang.

Di laman sosial miliknya, peminat mendoakan agar jejaka tersebut dikembalikan kesihatan seperti sedia kala.


UPDATE: KEADAAN TERKINI

Sementara itu adiknya ada memuatnaik keadaan terkini abangnya itu.

Ini perkembangan terkini:

"Assalamualaikaum. Saya adik kepada Mohd Rafly ingin memohon maaf semua kesalahan abang saya mane yang mengenali beliau.

"Andai dia terskar bahasa atau apa apa sampai buat awak semua sakit hati. Tolong maafkan abang saya.

"Halalkan segala makan minum dia. Sekarang dia berada dalam keadaan yang tenat


Sedih sungguh baca kenyataan terkini dari adiknya ini.

Sebelum ada beberapa artis seperti Nabil aRazali dan juga Hafiz Hamiudn yang sempat melawat Mohd Rafly di hospital.

Apapun semoga segala urusan baik-baik sahaja. insya Allha ada rezeki Mohd Rafly akan kembali sembuh.

Semoga Mohd Rafly dan keluarga terus kuatkan semangat. Mari ramai-ramai doakan mohd rafly semoga kembali sihat.

0 comments:

Post a Comment