Pengusaha kosmetik popular, Joy Revfa yang juga merupakan bekas isteri penyanyi Hafiz Hamidun berkata dia tidak serik untuk berkahwin lagi walaupun perkahwinannya telah menemui kegagalan.
Joy Revfa atau nama sebenar Siti Arifah Mohd Amin mengakui dia didekati ramai lelaki terutamanya golongan selebriti.
Bagaimanapun, Joy meluahkan dia masih fobia untuk membuka pintu hati kepada mana-mana lelaki.
"Adalah yang cuba mendekati tu, tapi belum terbuka hati. Selebriti paling ramai, tapi tak boleh bagitahu siapa. Kalau Allah jodohkan saya dengan selebriti pun saya okay saja tetapi kalau orang biasa pun saya terima apa adanya"
Kata Joy Revfa, kini kehidupannya lebih tenang dan berkata rezekinya kini semakin murah.
"Alhamdulillah kehidupan saya sekarang lebih tenang dan perancangan Allah itu sangat indah. Apa yang telah berlaku, saya lalui dengan tenang dan reda. Rezeki pun datang mencurah-curah dan pastinya saya bahagia apabila anak dan ibu sentiasa di sisi"
Kongsi Joy Revfa lagi, dia akan lebih berhati-hati di dalam menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki selepas ini.
"Saya tak boleh nak cakap serik, tetapi fobia. Tak boleh lagi kenal dan kahwin terus. Kena kenal lama dulu sebelum mengikat pada satu fasa serius. Ini sudah kali yang kedua dan untuk yang ketiga insyaAllah, Dia sudah susun jodoh yang terbaik untuk saya"
"Namun, saya akui ada sedikit perasaan fobia kerana kegagalan perkahwinan dahulu,"
Terdahulu, nama Joy Revfa menjadi perhatian apabila perkahwinannya pada 1 Mei tahun lalu dengan penyanyi dan komposer Hafiz Hamidun didakwa tidak sah.
Konflik tersebut akhirnya selesai selepas Hafiz melafazkan talak satu terhadap wanita itu di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling pada 25 Oktober 2017.
0 comments:
Post a Comment