"Aku dah cakap jangan cari fasal" - itulah antara mesej yang ditulis dari seorang lelaki bernama Faizi Khairuddin kepada IG Syafiq Kyle.
Dikatakan penyebaran video Syafiq Kyle itu mungkin bermotifkan dendam.
Individu yang menggunakan nama akaun Faizi Khairuddin dipercayai bertanggungjawab menyebarkan beberapa klip video kononnya milik pelakon itu.
Faizi Khairuddin menerusi beberapa laman sosial miliknya akui melakukan perkara tersebut dengan niat untuk membalas dendam terhadap pelakon itu.
Selain itu, Faizi ada muatnaik foto mesej yang dihantar dari akaun Syafiq yang merayu agar video itu dipadam dengan segera.
Bagaimanapun foto itu dibuang selepas ia menerima kecaman netizen yang menganggap sebagai membuka aib pelakon berkenaan.
Menerusi Instastory, pemuda ini juga turut membalas komen seorang individu yang menuduh tindakannya itu seperti mahu membalas dendam.
Sehingga kini tidak pasti punca lelaki itu bertindak sedemikian.
Bagaimanpun mesej yang dihantar dari akaun Instagram Syafiq Kyle iaitu Syafiq Kylez itu dipercayai bukan ditulis aktor berkenaan sebaliknya pengendali laman sosial tersebut iaitu pihak pengurusannya.
Ini koleksi mesej antara Faizi dan juga Syafiq Kyle
Namun begitu, tidak pasti jika perbualan mesej ini ada kena mengena dengan isu video yang tersebar.
Ada yang berkata, mungkin juga ada pihak sengaja mewujudkan akaun Instagram palsu atas nama Syafiq dan ingin meraih publisiti murahan.
Video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat termasuklah ada pihak yang berhasrat menjual versi penuh kepada netizen dengan harga RM20.00.
Sehingga kini pelakon yang sedang popular menerusi drama Nur ini masih belum tampil memberi sebarang kenyataan berkaitan isu tersebut.
0 comments:
Post a Comment