Izreen Azminda, Ude Wahid Terima Balasan, Kifarah Hidup!


Antara artis yang paling banyak mencetuskan kontroversi sepanjang tahun lalu dan tahun ini sudah tentu Izreen Azminda.

Kisah perkahwinannyang sentiasa menajdi bualan orang ramai dan masyarakat. Izreen pada mulanya berkahwin sebagai isteri kedua dan kini suaminya telah menceraikan isteri pertama, Intan Liana.

Kisah ini terus memperlihatkan dirinya sebagai punca keruntuhan rumah tangga antara Ude Wahid dan juga Intan Liana.

Apa lagi, memang teruk Izreen Azminda dan juga Ude Wahid dikecam oleh para netizen.

DAH TERIMA BALASAN, KIFARAH HIDUP

Kini Izreen Azminda akui, dirinya sudah menerima balasan dan ianya merupakan kifarah kehidupan.

Ini komennya:

"Inilah ujian paling berat diterima selama lebih 12 tahun menjadi anak seni... Mungkin boleh saya simpulkan sebagai kifarah hidup."

"Mungkin ini semua kifarah hidup... Kun Faya Kun, jadi, maka jadilah ia.

"Saya, suami dan pihak di sana mungkin pernah melakukan kesilapan, jadi kami ditimpa dengan ujian hidup.

"Jujurnya, saya terlalu sibuk bekerja sepanjang lebih satu dekad, ada kala saya alpa dan lalai dengan perintah Tuhan. Allah pemberi rezeki dan Dia boleh merentapnya sekelip mata.

"Allah menjentik saya supaya kembali mengingati dan mendekatkan diri dengan-Nya. Mulanya, saya berat menerima ujian ini, tetapi saya harus reda,"


AKUI REZEKI TERJEJAS

Izreen juga kui kontroversi itu menjejaskan kariernya sebagai selebriti.

"Mana-mana selebriti yang dilanda kontroversi pasti berdepan kesan buruk terhadap kerjaya. Tetapi saya bersyukur, kehidupan saya masih sama, ada saja rezeki lain yang diberikan.

"Allah membuka jalan lain untuk saya mencari rezeki. Masih ada rezeki untuk saya menyelesaikan perbelanjaan diri dan keluarga.

"Saya percaya Allah menimpakan saya ujian sebelum memberi kebahagiaan. Tidak semua manusia diberikan ujian seberat saya, jadi berterima kasihlah kepada Tuhan kerana tidak melalui perjuangan yang pahit ini,"

MAAFKAN ORANG RAMAI, IKUT PESAN IBU

Kata Izreen lagi, dia kini telah maafkan semua netiozen yang sibuk mengehntamnya kerana kontroversi lalu.

"Ada yang mempertikaikan kenapa saya pula beriya-iya memaafkan netizen, sedangkan saya dilihat bersalah? Tidak berdosakah apabila kita memaki hamun, mencarut dan membuat fitnah?

"Ada masanya saya malu melihat mereka yang mengutuk dan menghina saya, seperti tiada lagi keampunan. Mereka tidak berada dalam kehidupan saya dan Ude," katanya.

"Ibu berpesan, apabila memaafkan orang ketika hati sedang marah dan memberontak, insya-Allah, saya beroleh ketenangan dan kesabaran.

"Ya, saya melakukannya, saya kosongkan hati, maafkan semua orang. Saya rasa puas dan tenang selepas itu. Katalah apa saja, saya tidak mahu ambil kisah lagi.

"Saya juga akan menutup ruangan komen dalam laman Instagram buat selama-lamanya. Saya tidak mahu melihat perbalahan, keji mengeji dan komen 'sampah' lagi. Saya tidak suka bangsa sendiri mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya, sedangkan saya lihat mereka adalah kaum ibu dan mempunyai anak-anak,"

JAGA AIB

Izreen juga akan menjaga kisah dalam kainnya dan akan menjaga aib keluarga.

"Bagi saya dan suami, kami tidak perlu berkongsi kisah luar atau dalam kain, siapa betul dan salah, biarlah waktu yang menentukannya.

"Menghukum orang tanpa tahu kebenarannya adalah berdosa. Jadi, tidak perlulah terlalu taasub dan emosi terhadap kehidupan orang lain. Tolong hormati kehidupan kami," 

KINI SEDANG BAHAGIA

Setelah 6 bulan hidup sebagai isteri Ude, kini Izreen benar-benar sedang dalam fasa bahagia.

"Saya mahu menjadi isteri yang terbaik buatnya. Keruntuhan rumah tangga sebelum ini menjadi pengajaran terbesar buat saya dan Ude. Kami bukan saja mahu memperbaiki kekurangan, malah ingin menjadi insan lebih baik untuk kehidupan baharu ini.

"Saya akui, dulu saya dan bekas suami terlalu sibuk bekerja. Bayangkan, saya terbang ke Korea Selatan sehari selepas bernikah. Kami tidak banyak masa bersama.

"Saya percaya, masa itu emas dan ia amat berharga bagi setiap perkahwinan. Dulu, kami sentiasa sibuk dan berjauhan,"

Begitulah pengakuan dari pelakon, Izreen Azminda tentang kehidupannya.



0 comments:

Post a Comment