Datuk Seri Najib "Sound" KJ, Kenapa Baru Sekarang Nak Bersuara



Bekas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berkata, pemimpin Barisan Nasional (BN), termasuk Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin sepatutnya bersuara lebih awal, jika masing-masing merasakan ada masalah dalam kepemimpinan, ketika DS Najib mengetuai negara dan parti.

Ketua Pemuda UMNO, KJ sebelum ini dilihat ada mengatakan bahawa semua ahli seperti 'takut' untuk menegur presiden UMNO.

Dalam satu video, Khairy ada membuat kenyataan menyatakan kesilapan besar ini:


DS Najib berkata selama ini beliau mengamalkan sikap terbuka dengan semua pihak bebas bersuara dalam memberi ulasan dan pandangan, meskipun ia mungkin berbeza dengannya.

Ini penjelasan DS Najib:

"Saya agak terbuka mengenai perkara ini, cuma saya mahu ia dilakukan secara tertutup, kerana kita tidak sepatutnya menyerang sesama sendiri sebagai anggota dalam kerajaan," 

Kata DS Najib lagi, sebagai ahli parti, mereka masih mempunyai kebebasan menyuarakan rasa tidak puas hati atau perbezaan pandangan terbabit mesti menggunakan kaedah atau saluran yang sewajarnya.

"Hakikatnya, Khairy boleh datang berjumpa saya dan memberitahu, kita tidak berada di landasan yang betul atau berdepan masalah yang tidak ditangani sewajarnya.

"Dari situ, saya boleh buat keputusan sama ada mahu menerima atau menolaknya. Namun itu tidak berlaku, beliau (Khairy) sendiri mengakui tidak berbuat demikian," 

DS Najib berkata demikian kepada wartawan Malay Mail Online.


"No, as far as I’m concerned, I’ve always practised an open style. People were free to voice their comments, even difference of opinion. I’m quite open about it, except that I want it to be done in private, because we should not attack each other as members of the government," 

"So Khairy is free to come and see me and say: ‘Look sir. I think you are not on the right track, or there is some problem, you know, which were not resolved in a proper way.’ Then I could then decide, whether to accept or not to accept.
"He didn’t do that. I mean, he admitted that he didn’t do that."

Katanya, beliau tidak pernah memaksa ahli BN mengikut kehendaknya, sebaliknya menekankan keperluan mematuhi disiplin parti.

"Sekiranya anda menyerang kepemimpinan secara terbuka, itu bertentangan dengan disiplin parti, tetapi sekiranya awak datang bersemuka sambil memberitahu tidak bersetuju dengan saya, itu tidak salah. Saya rasa ia sepatutnya dilakukan sedemikian," 

Meskipun DS Najib tidak menamakan mana-mana individu, namun ayat itu seperti merujuk kepada bekas Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Shafie Apdal.

Kedua-dua Muhyiddin dan Shafie sebelum ini dengan lantang mempertikaikan tindakan DS Najib dalam menguruskan isu 1MDB secara terbuka dan akhirnya kedua-dua mereka dipecat daripada jawatan dalam kerajaan BN dan UMNO.

DS Najib berkata lagi, pemimpin Pemuda UMNO itu sepatutnya sedar yang beliau tidak akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang berbeza pendapat.

"Saya hanya mengutamakan disiplin parti. Mereka yang diambil tindakan selama ini adalah disebabkan kesalahan melanggar disiplin parti,"

Itulah kata-katanya tentang isu kenyataan KJ sebelum ini.

Dalam pada itu, ketika Barisan Nasional tewas, KJ ada meberi ucapan di alamn IG miliknya.

Ini luahan KJ setelah BN tewas PRU14 yang lalu.

"I love my country. And I have had the honour of serving my country. And it is because of my abiding love for Malaysia that I also respect the will of our people. 
The people have spoken. And they have spoken loud and clear. 
We tried our best. But our best was simply not good enough. 
 
"To those that still support us, I am sorry we let you down. To those that did not, I respect your decision.  
"It is now time for those who have been freely chosen by the people of Malaysia to lead our country. Our country can only survive if we observe a smooth and orderly transfer of power. For without the rule of law, we are a nation bereft of justice and fair play.  
"To the new government and it’s Ministers, look after this blessed nation of ours. Every inch of its land is worth fighting for.  

"I will hold you accountable on behalf of our people as a member of the opposition. Just as you did previously. Let us show the world that Malaysia can reunite after all that has been said and done. For all of us to build a better tomorrow. May God bless Malaysia, forever.



0 comments:

Post a Comment