Beberapa hari yang lalu, industri hiburan di Malaysia terkejut apabila pasangan selebriti yang amat popular iaitu Nazim Othman dan Bella Dally mengumumkan perceraian mereka.
Pengumuman dibuat oleh kedua pelakon ini melalui laman sosial masing-masing. Ini sekaligus menghentikan spekulasi dan khabar angin tentang hubungan mereka yang sebelum ini dikatakan mempunyai masalah kerana jarang kelihatan bersama.
Apabila mereka berdua telah becerai, entah bagaimana, nama pelakon comel, Elfira Loy dikataakn sebagai punca perpisahan Nazim dan juga Bella.
Tidak semena-mena nama Elfira Loy yang naik dan dikaitkan dengan kisah perpisahan pasangan itu.
Seorang pengguna Twitter mendakwa Elfira sebagai punca perceraian Nazim dan Bella tanpa menjelaskan lebih lanjut mengenai tweetnya itu.
Ini tweet tersebut:
"Rupanya elfiraloy punca nazim othman bercerai dengan bella , dah putus dengan sufian pergi hancur rumahtangga orang lain hmmm"
Tambah membuatkan ramai sakit hati, pengguna twitter dengan nama "Haziff Latiff" itu mengaitkan kisah lalu Elfira Loy dalam hal ini.
Walaupun ianya satu tuduhan yang agak panas dan melampau, pelakon ini dilihat langsung tidak melenting.
Malah, Elfira Loy membalas tweet berkenaan dan meluahkan betapa sakit hatinya apabila membaca posting berkenaan.
Pelakon ini bertanya kepada lelaki itu sama ada dia sengaja mahu meraih RT (perkongsian) atau hanya memfitnahnya.
Ini respon Elfira: "Bulan yang mulia ini tak baik marah-marah tapi sakit jugalah hatini . Adakah awak tweet sekadar untuk mendapar Rt atau memang nak fitnah saya?"
Walaupun berhadapan tuduhan melampau sebegitu, namun peminat El nyata tidak termakan dengan provokasi.
Ada yang memebritahu bahawa Elfira Loy hanyalah rakan baik kepada Nazim dan Bella selama ini dan berkemungkinan hubungan rapat itu telah disalah ertikan oleh sesetengah pihak.
Sebelum ini pun mereka ada memuatnaik gambar bersama di Instagram membuktikan persahabatan yang terjalin antara mereka bertiga.
Jadi jangan buat tuduhan melulu.
0 comments:
Post a Comment