EKSKLUSIF: Polis rampas 72 beg wang tunai, barangan kemas, 284 kotak beg mewah


Ini laporan terkini tentang pemeriksaan ke atas kediaman yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh telah membuat sidang media khas tentang operasi menyerbu kediaman yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Polis lewat malam ini mengumumkan telah merampas 72 beg berisi barangan kemas dan wang tunai pelbagai mata wang dari kondominium mewah yang dikaitkan dengan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Bukit Aman, Datuk Seri Amar Singh, turut dirampas ialah sebanyak 284 kotak mengandungi beg tangan mewah pelbagai jenama termasuk Hermes dan Birkin dipercayai milik bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dirampas di Pavilion Residence Apartment Kuala Lumpur, sebentar tadi.

Ini videonya:



Menurutnya, serbuan itu melibatkan tiga premis di apartmen terbabit, milik seorang individu bergelar Tan Sri dan segala siasatan mempunyai kaitan dengan 1MDB.

"Ini adalah di salah satu dari enam lokasi digeledah iaitu di pejabat perdana menteri dan kediaman rasmi di Putrajaya serta empat lagi di kediaman peribadi beliau (Najib).

"Tiada butiran terperinci mengenai nilai rampasan kerana terlalu banyak, butiran terperinci akan dibuat esoknya" 

Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata, polis mendapat borang geledah dari mahkamah untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini.

Difahamkan, maklumat lanjut mengenai pemeriksaan dan penggeledahan akan dibuat Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Malam tadi, sebanyak lima buah lori polis digunakan untuk membawa kotak-kotak berwarna oren dan putih dari apartmen yang mana setiap kotak dilabelkan isinya.

Terdahulu, orang ramai dan pihak media kelihatan telah berkumpul di luar kondominium mewah Pavillion Residences berikutan serbuan di kediaman yang terletak di Jalan Raja Chulan itu.

Sehingga pukul 1.25 pagi, pihak polis dilihat telah membawa sekurang-kurangnya lima trak ke kondominium mewah berkenaan.

Sumber: Awani / Kini TV


0 comments:

Post a Comment