Gaya Kerajaan Pakatan Harapan Jejaskan Pasaran Kewangan


Datuk Seri Najib Razak sebagai bekas perdana menteri Malaysia berkata tindakan kerajaan baru iaitu Pakatan Harapan, mengumumkan hutang negara lebih tinggi dari angka rasmi telah mengejutkan pasaran kewangan.

Malah DS Najib telah mengingatkan menteri-menteri Pakatan Harapan bahawa kenyataan mereka sekarang memberi kesan berbeza, tak seperti sebelum ini.

Ahli parlimen Pekan ini turut berkata, pengumuman bahawa nisbah hutang negara dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada kadar 65 peratus dan hutang negara lebih RM1 trilion tanpa memberikan perincian menyebabkan pasaran kewangan terjejas.

Selain itu, katanya lagi, perkara ini juga akan membuatkan rasa cemas agensi penarafan kredit dan keyakinan pelabur terhadap Bank Negara.

Sebagai contoh, kata Datuk Seri Najib, Bursa Saham Kuala Lumpur jatuh 40.78 mata (2.21 peratus), sedangkan Bursa Saham Indonesia naik 0.71 peratus.

"Sudah pasti kejatuhan itu menjejaskan dana-dana kira seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Perbadanan Nasional Berhad, selain merendah kadar dividen untuk anggotanya tahun ini" katanya.

Ini komen DS Najib lagi:

"Sepatutnya harus ada perbezaan jelas antara naratif politik dan fakta. Mencampur aduk kedua-duanya akan menimbulkan keraguan mengenai krediliti dan profesionalisme institusi terbabit, yang ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan mengikut piawaian antarabangsa.

"Berdasarkan daripada kenyataan yang membimbangkan dan mengelirukan ini, Indeks Bursa Malaysia mengalami kejatuhan paling banyak di antara semua pasaran saham di seluruh dunia, mengakibatkan berpuluh bilion ringgit dalam nilai pasaran hilang dalam tempoh satu hari.

"Indeks Bursa negara kita turun 40.78 mata hari ini atau 2.21 peratus, sedangkan Indeks Bursa Indonesia meningkat kepada 0.71 peratus.

"Sebuah portal berita perniagaan The EdgeMarkets berkata, kejatuhan mendadak dalam pasaran saham negara disumbangkan oleh kebimbangan terhadap hutang awam," 

"Begitu juga, apabila ada kenyataan dikeluarkan bahawa kita tidak perlu bimbang mengenai agensi penarafan kredit negara yang diturunkan (sedangkan) ia akan mengakibatkan menggusarkan keyakinan terhadap institusi kita," 

"Walaupun anda (kerajaan Pakatan Harapan) mungkin mahu memfitnah dan menyalahkan saya untuk memberikan persepsi mengenai kedudukan kewangan yang sangat teruk, untuk membenarkan mengapa anda tidak dapat menunaikan janji manifesto anda, dan memotong perkhidmatan awam secara besar-besaran, anda harus ingat bahawa negara dan rakyat mesti didahulukan.

"Anda juga boleh mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan mengenai 1MDB atau memberitahu separuh cerita mengenainya untuk menyalahkan saya, tetapi masa untuk bermain politik sudah berlalu.

"Kata-kata yang dituturkan ketika berkuasa menyebabkan kerugian sebenar kepada negara dan rakyat, seperti yang terbukti hari ini menerusi kejatuhan pasaran saham. Ia bukan mengenai undi lagi," 

Kata bekas perdana menteri ini, perkara ini boleh membuatkan nilai Ringgit menjadi semakin lemah.

Sumber: BH / MalaysiaKini


0 comments:

Post a Comment