Amboi Comelnya Puan Izreen Azminda, Muatnaik Video Cute Di IG


Melalui laman media Instagram miliknya, pelaon Izreen Azminda menjadi perhatian apabila memuatnaik satu video yang cukup meriah.

Izreen memuatnaik satu video dirinya seperti menari dengan berlatar belakangkan lagu yang amat catchy dan popular iaitu Suga Suga nyanyian Baby Bash.

Video ini dimuatnaik pada minggu lepas dan sehingga kini sudah ditonton hampir 170 ribu kali oleh para followernya.

Memang nampak comel dan happy betul Izreen Azminda.

Ini videonya:


Sementara itu, Izreen Azminda berkata dia sudah mengosongkan hati dan jiwa dengan memaafkan netizen yang selama ini mengecam serta mencacinya.

Telah berdepan kecaman teruk selepas menikahi Ude Wahid, Izreen berkata dia kini lebih bersabar.

"Kesannya cukup dalam, walaupun kontroversi bukan cerita baharu dalam hidup saya. Inilah kontroversi yang paling buruk pernah dilalui, saya puas menangis berbulan-bulan.

"Bagaimanapun, saya ikut nasihat ibu. Saya memaafkan mereka yang mencaci maki tanpa tahu keadaan sebenar walaupun hati saya benar-benar terguris.

"Saya rasa lebih tenang dan bahagia memaafkan mereka yang mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya terhadap saya dan suami," 

"Saya pinta kontroversi berhubung kisah saya diletakkan ketepi mulai sekarang,"

Izreen Azminda kini semakin kembali diterima orang ramai apabila sudah menerima tawaran berlakon selain ada menerima tawaran menjadi duta produk.

Namun begitu, sehingga kini, Izreen Azminda dan Ude Wahid masih lagi menutup ruangan komen di laman IG miliknya.

Semoga kehidupan Izreen bersama suami dan keluarga terus bahagia.


0 comments:

Post a Comment