Mind Your Own Business! - Ude Wahid


Ini satu lagi entry tentang Ude Wahid, suami kepada pelakon jelita Izreen Azminda.

Pemuzik bebas yang pernah bekerja di atas pentas Gegar Vaganza ini menjadi tumpuan di laman media setelah memarahi dan menegur bekas isteri Intan Liana kerana dikatakan menagih simpati.

Kemudian Ude Wahid ada pula memuatnaik satu lagi foto berbunyi Mind You Own Business.

Ini untuk menegur orang awam dan juga netizen supaya menjaga tepi kain sendiri dan menyelar mereka yang melemparkan kata-kata tidak baik melalui mesej DM kepadanya.




Ini captionnya:

"Bawang-bawang dah Direct Message (DM) cakap macam tahu semua benda. Cakap macam duduk sebumbung. Cakap mcama tak ada dosa. Sekor-sekor macam bomoh tahu serba serbi. Kepada yang cakap baik-baik. Terima kasih ye. Syukur wujud lagi manusia yang bertamadun, beradab berbudi bahasa. Terima kasih atas sokongan nasihat yang berguna. Selamat bersahur dan selamat berpuasa.


Beberapa hari yang lalu, Ude Wahid mengingatkan bekas isteri Intan Liana yang menagih simpati di laman media sosial.

malah Ude berkata terpaksa berbuat secara terbuka kerana sudah menegur banyak kali namun tidak diendahkan oleh Intan Liana.

Dikatakan tindakan Intan Liana itu akan membuatkan Ude Wahid menerima tanggapan negatif dari para netizen.

Ini sekaligus akan membuatkan Ude Wahid dan isteri Izreen Azminda menerima kecaman.

Ini tulis Ude Wahid:

"Motif? Rasanya sudah boleh hentikan permainan ini. Tak habis-habis ke post benda poyo. Nak minta 'makcik bawang' buat dosa banyak-banyak.

"Nanti adalah yang suci tiada dosa mesej peribadi dengan cacian makian. Segala bagai, kerana apa ? Kerana post yang mengundang tak berkesudahan ni. Hentikanlah!"

"Makin diam makin menjadi-jadi pula, saya tak suka tegur di IG ni. Tapi sudah banyak kali tegur di belakang tak faham bahasa.

"Mungkin cara ini boleh buat awak faham dan kebaikan semua pihak"

Untuk pengetahuan, Ude Wahid dan Intan berkahwin pada 1 Mac 2013 dan disahan telah bercerai talak satu pada 22 Mac tahun ini.

Sepajang 5 tahun berkahwin, mereka dikurniakan dua orang anak.

Bulan November lalu, Izreen Azminda mengejutkan ramai pihak apabila akui telah bernikah dengan Ude pada 8 Ogos 2017 secara tertutup.

0 comments:

Post a Comment