Sebagai bekas mangsa, tidak wajar serbuan di kediaman DS Najib awal pagi - Nurul Izzah


Anak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Izzah meluahkan rasa kekesalan terhadap tindakan PDRM yang dibuat ke atas bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar Ibrahim menerusiTwitter terbaharunya menulis rasa tidak patut berhubung tindakan polis menggeledah kediaman Datuk Seri Najib Tun Razak dari waktu malam sehinggalah pada awal pagi buta.

Nurul Izzah juga kaui dirinya merupakan sebagai bekas mangsa serbuan yang berlaku pada awal pagi suatu ketika dahulu.

Oleh itu, Nurul Izzah membantah tindakan PDRM menjalankan operasi di kediaman milik DS Najib itu pada waktu sebegitu.

Menurut anak sulung Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, prinsip keadilan dan berhikmah pihak polis haruslah sentiasa diguna pakai.

Tegas Nurul Izzah, sewajarnya, pihak PDRM perlu dakwa, siasat secara berhemah.

Ini komen Nurul Izzzah:

"As former victims of early dawn police raids, I must stress my disagreement in ransacking any home at such an ungodly hour. Charge, investigate, prudently. Prinsip keadilan dan berhikmah sentiasa terpakai PDRM Malaysia

Perkara ini turut dipersetujui oleh seorang lagi Ahli Perlimen iaitu Khalid Samad.

Ini responnya:

"I am in full agreement with Izzah on this issue. Need to investigate but no need to humiliate or transgress their rights as such. Upon completing investigations, charge. No reason to investigate until 4 am. I was once taken at 2.30 am.



Diimbas kembali, pada tahun 1998, sepasukan anggota polis berpakaian anggota komando telah menyerbu kediaman Anwar Ibrahim di Bukit Damansara, Petaling Jaya dan menjalankan operasi mereka pada awal pagi.

Nurul Izzah seolah-olah mengulang memori yang terjadi 16 tahun dahulu apabila kediaman keluarganya  di Bukit Damansara, Petaling Jaya diserbu anggota polis dan menjadi tumpuan orang ramai.

Kejadian  ini sekaligus mencetuskan pergerakkan reformasi.

Sumber : Astro Awani / Twitetr Nurul Izzah


0 comments:

Post a Comment