Ini Peringatan Datin Seri Rosmah Tentang Barang Rampasan



Latest news, Datin Seri Rosmah Mansor has urged authorities to plug leaks in their ongoing raid on premises linked to her husband, former prime minister Datuk Seri Najib Razak; the details of which made it onto social media in real time. 

 "This, particularly, (includes) the details of the alleged items confiscated," said Rosmah through law firm Valen, Oh and Partners in a statement to Malaysiakini today.

Datin Seri Rosmah Mansor menggesa pihak berkuasa tidak membocorkan butiran yang diperolehi semasa siasatan dijalankan sehingga terdedah begitu pantas di media sosial.

"Ini, terutamanya, butiran mengenai barangan yang didakwa dirampas," kata Rosmah melalui kenyataan dikeluarkan bagi pihak beliau oleh firma guaman Valen, Oh dan Partners kepada Malaysiakini hari ini.

Kata Datin Seri Rosmah lagi, keadaan tersebut berlaku ketika mereka berdepan dengan dugaan.

Sementaar itu, beliau dan keluarga akan terus memberikan kerjasama kepada pihak yang berkenaan dan membantu siasatan pihak polis.

Bagaimanapun kata Datin Seri Rosmah, kebocoran butiran tersebut menyebabkan media menjadi kecoh.

Ini menyebabkan keluarga mereka disasarkan untuk tujuan mencetuskan kemarahan orang ramai.

Ini kenyataan DS Rosmah lagi:

"Menjadi harapan kami supaya pihak berkuasa boleh memastikan kedaulatan undang-undang dipelihara dan dalam proses itu, mengelak berlakukan perbicaraan awam pramatang.

"Agensi penguat kuasa tidak sepatutnya menyalurkan bahan untuk persendaan media sosial, sebaliknya mematuhi dan menegakkan profesionalisme ketat pada setiap masa,"


Pihak polis telah berada di rumah Rosmah dan Najib di Jalan Langgak Golf, Kuala Lumpur sejak kira-kira jam 10 malam Rabu lalu.

Sejak itu sejumlah barangan telah dirampas dan pihak polis ada membuat pengumuman tentang barang-brang yang dirampas itu.

Selain dari kediaman berkenaan pihak polis turut merampas pelbagai barang dari tiga unit kondominium di Pavilion Residence.

Semalam pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia menyampaikan notis kepada Najib supaya beliau hadir memberi keterangan pada Selasa ini.

Dari laporan Malaysiakini, dikataakn perintah itu dibuat mengikut Seksyen 30 Akta SPRM 2009.

Dikatakan, keterangan DS Najib itu memang perlu untuk membolehkan pihak SPRM meneruskan siasatan berhubung skandal anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Sumber: MalaysiaKini

0 comments:

Post a Comment