Mahkamah Keluarkan Perintah, Armin Dilarang Dekati Ziana Zain Dan Anak
Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini telah mengeluarkan perintag dengan mengekalkan syarat jaminan yang melarang Armin Zaharin untuk bertemu anak yang didakwa dicederakannya, tiga bulan lalu.
Selain itu, Armin juga dilarang mendekati penyanyi popular Ziana Zain.
Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin memutuskan demikian kerana ia sudah tertakluk dengan syarat jaminan terhadapnya yang dibenarkan mahkamah sebelum ini.
Armin dilarang berjumpa dengan anak yang didera itu dan juga Ziana Zain sepanjang kes mahkamah berlangsung.
Namun begitu, keputusan itu tidak termasuk tiga anak mereka yang lain yang dikatakan tidak dipukul.
Sebelum itu, Armin yang diwakili peguam Mohd Rizal Bahari mengemukakan permohonan itu secara lisan dengan menyatakan hasrat Armin mahu menemui anaknya pada Hari Raya Aidilfitri ini.
Turut hadir ketika prosiding itu, peguam pemerhati dilantik Ziana iaituLuqman Mazlan.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Megat Mahathir Megat Tharif Afendi.
Sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Jun depan bagi pengurusan kes dan tarikh perbicaraan.
Pada 15 Mei lalu, Armin mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan iaitu didakwa sengaja menyebabkan luka dan lebam di bahagian tangan ke atas anak lelaki berusia sembilan tahun dengan menggunakan rotan.
Kejadian itu dilakukan di rumahnya di Denai Alam di sini, antara jam 8 malam hingga 10.30 malam, 24 Februari lalu.
Jika sabit kesalahan, Armin boleh dihatuhkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.
Pada hari sama, Mahkamah Rendah Syariah di sini, menetapkan 28 Jun depan sebagai tarikh sebutan bagi mendengar laporan Jawatankuasa Pendamai berhubung kes permohonan cerai yang difailkan Ziana.
Hakim Syarie membuat keputusan itu selepas Armin tidak mahu melafazkan talak secara baik kerana mahu menemui semua anak mereka.
Untuk pengetahuan, pasangan ini bernikah pada Mei 1998 itu dikurniakan empat cahaya mata, Muhammad Aiman, 19 tahun, Muhammad Ammar, 14 tahun, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9 tahun.
0 comments:
Post a Comment