Kerajaan Pakatan Harapan Macam Tempe... Esok Naik Kulat - Zahid Hamidi


Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan yang menyamakan kerajaan baru ini seperti tempe.

Zahid Hamidi telah menyelar kerajaan Pakatan Harapan yang didakwa tidak konsisten dalam memberikan fakta sekali gus menyamakannya dengan tempe.

Naib presiden Umno yang menjalankan tugas-tugas presiden itu berkata, sehingga kini tiada satu pun janji yang dibuat mereka dapat dilaksanakan.

Banyak contoh yang diberikan oleh Zahid Hamidi tentang janji-janji ini.




Ini komen Zahid Hamidi:

"Kita lihat contohnya, apabila diisytiharkan mereka menang, kata harga minyak akan turun tetapi kenyataannya sehingga sekarang tidak turun.

"Mereka juga isytihar GST akan dihapuskan tapi tidak ada barang yang harga turun walaupun GST 0 peratus. Ada 90 barangan yang telah naik harga.

"Begitu juga kalau kita lihat PTPTN, apabila mereka kata berpendapatan RM4 ribu ke bawah tidak perlu bayar maka situasi untuk pembiayaan semula melalui PTPTN tidak dapat dilaksanakan.

"Mereka juga mengatakan hutang negara RM1 trilion, tetapi yang jelas hanya RM686.8 billion. Mereka katakan ada pinjaman asing tetapi sebenarnya 'domestic debt' iaitu pinjaman dalam negara, ertinya tidak ada pengaliran wang tunai ke luar negara,"

Katanya lagi, kerajaan baharu juga menuduh kerajaan terdahulu membuat pinjaman dalam bentuk US dollar dan yen tetapi kenyataan dari Bank Negara Malaysia (BNM) membuktikan hanya dua peratus sahaja pinjaman dalam bentuk US dollar dan satu peratus dalam yen.

Ini kenyataan Zahid Hamidi lagi:

"Ertinya pinjaman kita dalam bentuk ringgit. Mereka juga kata Bursa KL akan meningkat tapi akhirnya merudum jatuh.

"Dulu mereka kata ekonomi berada dalam kekecamukan dan negara hampir bankrup tetapi akhirnya mereka kata ekonomi kukuh.

"Siang cakap lain petang cakap lain. Macam tempe… pagi masih lagi kacang, petang sudah jadi tempe, esok sudah naik kulat," 

Zahid berharap semua ahli Parlimen BN bersatu menjadi pasukan pembangkang yang efektif di Dewan Rakyat bagi mengekang fitnah dan tohmahan tidak benar kerajaan Pakatan Harapan.

0 comments:

Post a Comment