"There Is Goodness In Everyone" - Faizal Tahir Beri Kata Semangat Pada DS Najib


Ketika ini, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sedang diuji apabila kediamannya mula diperiksa oleh anggota polis.

Ini ada kaitan dengan siasatan berkaitan 1MDB yang mula dilaksanakan oleh pihak polis.

Sejak kekalahan kali pertama Barisan Nasional semasa PRU14 lalu, lepas satu-satu dugaan melanda diri Datuk Seri Najib.

Ini terus mengundang rasa kasihan dan simpat melihat nasib yang menimpanya.

Melihat dan mungkin ada rasa simpati dengan nasib yang melanda mantan Perdana Menteri itu, penyanyi, Faizal Tahir memberikan komen kata-kata semangat kepada Datuk Seri Najib menerusi foto yang dimuat naik DS Najib semalam.

Ini komen yang ditulis oleh Faizal Tahir:



"May ALLAH SWT guide you @najibrazak. There is goodness in everyone and there is goodness in you for sure.

"We all need break sometimes to evaluate and reflect on our lives. You have done your part well. Let us remember that nobody is perfect, especially me and ALLAH SWT is always there waiting to forgive us.

"At the end of the day, you are nothing without ALLAH SWT. My prayer are with you. Moga dikurniakan hidayat dan Aafiyah. ALLAH SWT bless you DS. Amin #YNWA"

Sebenarnya apa yang ditulis oleh Faizal tahir memang ada benarnya. Mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku ini. Apa yang penting, kita kembali pada pencipta.

Orang ramai dilihat menyukai komen yang dilontarkan oleh penyanyi hebat ini.

Sebelum ini, ada mengatakan Faizal Tahir lebih cenderung menyokong pihak Pakatan apabila pernah tampil bersama yassin menerusi lagu duet Berani pada tahun 2013.

Namun Faizal Tahir tidak pernah menyatakan sokongannya secara terbuka.

Sebelum ini juga, Faizal pernah menyatakan rasa teruja apabila lagunya berjudul Negaraku menjadi bahan tweet oleh Datuk Seri Najib yang ketika itu masih menjadi Perdana Menteri Malaysia.


0 comments:

Post a Comment