Hukum Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Salam Lelaki Bukan Mahram, Ini Jawapan UAI



"Timbalan Perdana Menteri Pakai Sarung Tangan Bersalam Dengan Bukan Mahram Boleh Ke?" itulah soalan yang diberikan kepada Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah.

Menerusi satu video yang dimuatnaik di laman media sosial, Ustaz Azhar Idrus telah menajwan apakah pandangannya tentang Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Dr Wan Azizah sekirannya beliau bersalam dengan orang lain yang bukan mahram memandangkan beliau kini seorang pemimpin utama negara.

Ustaz Azhar Idrus telah menjawab persoalan ini berdasarkan pandangannya.

Ini videonya:



Ini antara poin dari UAI:

~ Tidak ada sebarang hadith tidak boleh berjabat salam lelaki perempuan
~ Namun kalau ikut perbuatan Nabi tidak bersalam dengan perempuan, dalam banyak peristiwa
~ Tetapi ada Hadith Nabi ada menegur lelaki memegang perempuan tetapi bukannya salam 
~ Maka kebanyakkan fatwa mengatakan haram lelaki salam dengan perempuan
~ Tetapi untuk elak fitnah ianya harus
~ Contoh pemimpin negara kalau tak salam akan buat negara diserang, maka ianya harus untuk pemimpin sahaja

Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kini telahpun menjalankan tugasnya sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Apa yang menarik perhatian ialah beliau amat menjaga auratnya selain begitu sederhana.

Isteri kepada Anwar Ibrahim ini merupakan "pemimpin nombor dua Malaysia" sering mengenakan kurung moden berbunga dan juga sarung tangan bagi menjaga auratnya.

Bukan hari ini sahaja beliau dilihat memakai sarung tangan berkenaan, tetapi sebelum itu pun ibu kepada enam cahaya mata ini sentiasa memakainya. Ini bagi memudahkan beliau menyambut huluran salam tangan bukan muhrim sebagai tanda hormat.

Cara Wan Azizah ini telah reaksi positif dari netizen yang memuji keperibadian Dr Wan Azizah dalam menjaga auratnya. Selain itu ramai juga turut mengucapkan tahniah atas perlantikan ini dan berharap beliau akan dapat menunaikan tanggungjawab diberi dengan sebaiknya.

Ini antaar komen dari netizen:

@fallieymalek_themuajohor "Aamiin.. Bertuahnya.. Sgt menjaga aurat

@maizaleesya83_fayyadh "Bagus sangat… pakai glove tuu.

@veil_simple_latysa "Masyaallah..jaga aurat.subhanaallah

@aznira "Bagusnya TPM..pakai sarung tangan utk bersalam…terbaiklah..contoh pimpinan

@mr.syahad.d "Perlu di jadikan idola pemimpin muslimah ..dan sikapnya sebagai ibu yang brsopan santun dan lemah lembu

Dr Wan Azizah lahir pada 3 Disember 1952 di Singapura ini juga merupakan Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Beliau telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Convent St. Nichlas, Alor Setar sebelum meneruskan pengajiannya di Kolej Tunku Kurshiah.

Seterusnya beliau melanjutkan pelajarannya di Dublin Ireland dan mendapat ijazah dalam bidang Obstetric dan Gynecology. Merupakan pelajar terbaik (Gold Medal) di Royal College of Surgeon pada tahun 1977.

Dr Wan Azizah bernikah dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu berusia 23 tahun.

Sepanjang perkahwinan selama 39 tahun, mereka dikurniakan enam cahayamata, lima wanita dan seorang lelaki.

Anak sulungnya Nurul Izzah juga turut aktif terbabit dalam politik.


0 comments:

Post a Comment