"Janji Pakatan Harapan Untuk Hapuskan GST Adalah Fantasi"- DS Najib Razak



Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata bahawa janji Pakatan Harapan (PH) untuk menghapuskan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) serta melakukan pembaharuan ekonomi sebagai fantasi dan taka realistik.

Komen itu dinyatakan sendiri oleh DS Najib ketika  dalam wawancara bersama Malay Mail semalam.

DS Najib berkata demikian ketika merujuk pada janji Pakatan Harapan untuk membuat pengecualian dan penangguhan bayaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menghapuskan GST dan menurunkan harga minyak.

DS Najib terang-terang menyatakan keraguannya terhadap langkah mengurangkan GST kepada sifar, langkah sementara yang diumumkan HARAPAN dalam penghapusan cukai berkenaan.

Ini jelas DS Najib Razak:

"Itu (janji PH) adalah fantasi. Tak mungkin mereka boleh melaksanakannya," 

"GST sifar bukan apa yang mereka janjikan. GST sifar boleh juga bererti anda boleh tambah bila-bila masa," 


Bekas Perdana Menteri ini turut menyifatkan laporan yang mengatakan pentadbirannya gagal sebagai percubaan Pakatan Harapan memburukkan imejnya.

Katanya beliau, sebenarnya ekonomi sememangnya berada dalam keadaan baik ketika di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN).

"Sudah boleh dilihat bahawa tiga hari selepas pilihan raya, mereka kata ekonomi dalam keadaan kukuh.

"(Sedangkan) sebelum itu mereka kata ekonomi dalam keadaan teruk, kita sedang bankrap dan Malaysia perlu diselamatkan.

"Adakah mereka cuba katakan bahawa ekonomi pulih dengan secepat itu? Simpanan kewangan kukuh dan kita ada pertumbuhan yang baik?

"Tidak! Ini adalah kenyataan yang dibuat tiga hari selepas pilihan raya," 

Datuk Seri Najib Razak kini menjadi tumpuan ramai ekoran penggeledahan ke atas kediamannya yang maan banyak barang yang dirampas.

Sumber: Berita Harian


0 comments:

Post a Comment