Kecoh Nurul Izzah Tak Dilantik Menteri, Ini Kenyataan DS Anwar Ibrahim


Semalam, pihak Pakatan harapan telah mengumumkan senarai penuh Menteri Kabinet untuk kerajaan baru.

Yang menariknya, Nurul Izzah langsung tidak dipilih menjadi menteri.

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan anaknya, Nurul Izzah memang tidak berhasrat untuk menyertai Kabinet walaupun memegang jawatan kanan dalam parti komponen kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kenyataannya tentang hal ini menerusi satu sesi temu bual program 101 East terbitan stesen TV Aljazeera.

Wartawan ada bertanya kemungkinan keluarga Anwar Ibrahim akan membina dinasti politik keluarga jika Nurul Izzah dilantik dalam Kabinet bersama ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar berkata, keputusan Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh itu dibuat oleh anaknya dan dimaklumkan kepada parti.

Ini kenyatan Anwar Ibrahim:

"Wan Azizah ialah presiden parti... anak perempuan saya sudah memberitahu parti bahawa dia tidak bercadang menyertai Kabinet.

"Ini  walaupun dia adalah pemimpin paling kanan selepas Timbalan Presiden yang sekarang menjadi Menteri Besar (Selangor).

"Dia (Nurul Izzah) berada pada kedudukan paling kanan dalam parti tetapi enggan (diberikan jawatan Kabinet). Apabila saya mengambil alih jawatan Perdana Menteri, Azizah akan meletakkan jawatan. Itulah juga pemahaman yang diketahui secara umum," 

Selain jawatan Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR memegang portfolio MenteriWanita dan Pembangunan Keluarga.

Berkata apa faktor kemenangan Pakatan Harapan pada PRU14, Anwar Ibrahim berkata, kemenangan itu adil kerana pakatan pembangkang bekerja keras selepas PRU 2008 berakhir sehingga memenangi undi majoriti pada PRU 2013.

Sementara itu, apabila sitanya adakah pelantikan lima jawatan tertinggi dalam kerajaan yang diterajui satu kaum sebagai satu permulaan yang tepat dalam melahirkan politik Malaysia baharu, Anwar berkata, rakyat negara ini majoritinya Melayu Bumiputera melebihi 60 peratus daripada jumlah penduduk.

"Namun portfolio utama iaitu Menteri Kewangan diberikan kepada pemimpin Cina, (Lim Guan Eng). Apa yang penting ialah semua pemimpin ini adalah rakyat Malaysia.

"Menteri Kewangan adalah orang Cina tetapi dia orang Malaysia, yang berfikir seperti rakyat Malaysia, yang ada untuk melindungi kepentingan ekonomi Malaysia dan rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum," 

Itulah komen dari Anwar Ibrahim tentang pelantikkan kabinet baru.

Sumber: Al Jazeera / Metro


0 comments:

Post a Comment