Kemelut Melanda, Ini Kenyataan Penuh Fasha.. Akui Ke Mahkamah Dengan Nora Danish


Ini berita tentang kemelut antara dua pelakon popular di Malaysia. Siapa lagi kaalu bukan Nora Danish dan juga Fasha Sandha.



Persoalan tentang hubungan mereka berdua yang keruh dikatakan akan sampai ke nokhtahnya.

Kedua-dua mereka kini dikatakan dalam fasa untuk berbaik semula.

Melalui laporan mStar, Fasha Sandha ada memberi kenyataan tentang hal berbaik dengan Nora Danish.

Khabarnya kedua-dua mereka mengambil pendekatan menghapuskan persengketaan dan ini dilakukan demi anak-anak.

Persengketaan antara kedua pelakon hebat ini memang dah  terjadi sejak sekian lama dan antara kemuncaknya ialah apabila Fasha Sandha mendakwa dihalang oleh penganjur ketika menghadiri pertunjukan fesyen Aidilfitri pada 12 Mei 2017.

Dikatakan kononnya halangan itu dibuat atas arahan Nora Danish.

Rentetan hal itu, Nora Danish telah menjadikan mahkamah bagi menyelesaikan hal berkenaan sehinggalah satu sidang mediasi untuk menamatkan kemelut berkenaan dilakukan melalui peguam kedua-dua belah pihak.

Fasha berkata, sempena bulan Ramadan ini, dia turut mengambil kesempatan untuk memohon maaf kepada Nora atas salah faham dan isu yang terjadi pada majlis pertunjukan fesyen itu.

Berikut ini ialah kenyataan penuh Fasha Sandha

"Saya mengakui yang benar saya dan Nora Danish ke pejabat mediasi di Mahkamah Shah Alam minggu lalu.

"Maaf saya tidak mahu memberi komen panjang mengenai isu itu sebaliknya apa yang boleh saya katakan di sini, InsyaAllah jika tiada aral melintang bersempena bulan Ramadan yang mulia ini, saya akan memohon maaf kepada Nora Danish atas isu yang terjadi pada majlis pertunjukan fesyen tahun lalu yang didakwa mengguris perasaannya.

"Ini adalah demi kebaikan anak-anak dan keluarga. Isu antara kami berlarutan terlalu lama. 

"Justeru jalan terbaik adalah berdamai dan hidup dalam harmoni. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peminat dari kedua belah pihak kerana tidak jemu mendoakan agar kami berdamai.

"Syukur, Allah telah perkenan doa itu serta dengan bantuan kedua peguam yang bertugas.

"Terima kasih.




Kedua-dua artis ini sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau lebih dikenali dengan nama Jejai.

Dua orang anak Fasha Sandha iaitu Putra Rayfal, 4 tahun, dan Putri Raysha Jemyma, 3 tahun merupakan adik beradik kandung dengan anak sulung Nora, Putera Rayqal, 10. tahun.

Imbas kejadian pada acara fesyen itu, kata Fasha Sandha, dia tiada niat untuk memalukan sesiapa selepas menulis satu posting di laman Instagram mengenai pengalaman sedih kononnya dihalang menghadiri majlis berkenaan.

Katanya, tulisan dia pada masa itu dibuat selepas mendapat informasi mengenai dirinya lalu dia menjadikan media sosial bagi meluahkan perasaan terbuku di hati.

Sebelum ini Nora dalam satu kenyataannyapada 24 Mei lalu berkata, dia amat positif untuk melihat berlakunya perdamaian antara dia dengan Fasha Sandha.

0 comments:

Post a Comment