Kasihan suamimu, sayangilah duit, Farahdhiya
Penyanyi yang kembali popular setelah menyertai Gegar Vaganza iaitu Farahdhiya telah menjadi tumpuan ekoran satu post nya di laman IG.
Farahdhiya dipuji kerana post ini yang mana memberi teguran dan peringatan buat kaum wanita.
Menerusi laman IG miliknya, Farahdhiya telah share dan setuju dengan pendapat Mufti Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin tentang barang jenama yang menjadi kegilaan kaum wanita masa kini.
Bagi Farahdhiya, bukan jenama yang penting sesuatu barangan dan telah mengingatkan kaum wanita supaya kesian kan kepada suami dan sayangilah wang ringgit dalam erti kata lain, janganlah boros.
Ini komen penuh dari Farahdhiya di ruangan caption:
"Came across this post. A general post for all especially women of course. I sooooo love this statement. Baca dan hadam ye wanita di luar sana. Bahagia itu bukan pada jenama.
"Kualiti diri seseorg tidak ada kene mengena dengan jenama yg kita pakai. Takkan pakai benda mahal baru nak rasa diri cantik?Kesianlah kalau macam tu.
"Setiap wanita dilahirkan cantik tanpa adanya sebarang jenama, at the end of the day yg membuatkan kita cantik adalah hati kita,niat kita dan bukan jenama. Dan yang paling penting kalau mampu sekalipon berpada pada la apabila berbelanja, kasihanilah suamimu, sayangilah duit, tak kisah la kalau duit sendiri sekalipon, kalau kita senang sekarang tak semestinya kita akan senang sampai bila.
"Dah banyak saya nampak dengan mata sendiri, ada yang sanggup berhutang sebab nak melaram punya pasal, ada jugak kawan-kawan yang dulu kaya raya, setiap minggu beli beberapa bag, bangga dengan bag dia, last-last tuhan nak tunjuk, terpaksa jual semua bag dia utk menampung kehidupan.
"Sebab tu saya pesan berpada-pada lah walaupon kita rasa kita kaya sekalipon, kan lebih baik kita simpan duit yang lebih tu kalau-kalau apa-apa terjadi dikemudian hari sekurang kurangnya adalah simpanan.
"Belajarlah untuk menjadi cerdik. Tuhan marah kalau kita angkuh, riak dan bongkak. Peringatan yang berguna untuk kita semua.
"Ini bukan sesi membawang ye, sekadar ingat mengingati. Selamat berpuasa dan Enjoy your Sunday
"p/s - Post saya takde kene mengena dengan politik ya, this is a general post, so please don’t turn it into something else or else I will have to delete your comment, thank you.
Itulah kara-kata dari Farahdhiya tentang hal ini. Memang bagus Farahdhiya ni.
Semoga cepat jumpa jodoh.
0 comments:
Post a Comment