Awin, Isteri Saya Tak Salah - Izzue Islam
Pelakon dan penyanyi popular, Izzue Islam telah membuat satu lagi kenyataan yang melibatkan isterinya iaitu Awin Nurin.
Izzue Islam memberitahu dia membuat keputusan untuk tidak melakonkan babak bersentuhan, selain enggan menyebut perkataan sayang bukan kerana takut bini.
Katanya lagi, keputusan itu dibuatnya sendiri dan di atas kehendaknya.
Prinsip terbaru itu membuatkan isterinya telah diserang pelbagai persepsi kurang enak termasuk dikatakan kuat cemburu dan suka mengongkong.
Lebih memeranjatkan, ada yang bertindak mendakwanya sebagai pengarah kedua di lokasi penggambaran.
Menjawab persoalan itu, Izzue, bagaimanapun, tidak tertekan.
Katanya, ianya bukan cerita baru bila isterinya dihentam bertubi-tubi di laman sosial gara-gara prinsip yang dipegangnya itu.
Ini komen Izzue Islam:
"Mereka yang mengenali dan pernah bekerjasama tahu cara saya serta Awin bekerja. Saya tidak mampu menutup mulut orang, tetapi saya mohon, jangan salahkan Awin. Sebelum membuat andaian, tanya saya dahulu.
"Jika tidak puas hati atau keliru, boleh menghantar mesej peribadi untuk saya jelaskan. Jangan sampai menabur fitnah, dapat dosa percuma sahaja nanti,"
"Setiap orang memiliki pandangan berbeza, begitu juga saya. Selepas berkahwin, saya perlu menjaga hati isteri dan keluarga kedua-dua pihak. Saya bimbang tindak-tanduk saya menjadi bahan fitnah, sedangkan banyak hati yang perlu dijaga.
"Keluarga saya dan mentua bukan dalam kalangan orang seni, mereka mungkin tidak faham. Saya tidak mahu isu atau persepsi yang ditimbulkan menyinggung perasaan mereka,"
Tentang dakwaan kononnya dia enggan menyebut perkataan sayang seperti dituntut dalam skrip, Izzue berkata, perkara itu hanya salah faham.
Ini jelasnya tentang hal ini:
"Saya tidak kisah menyebut perkataan sayang, tetapi bergantung kepada kesesuaian babak. Tidak logik jika kali pertama bertemu, terus memanggil sayang.
"Saya bukan ikut kepala sendiri, sebaliknya semua itu dibuat atas perbincangan dengan pengarah. Saya tidak akan melanggar skrip tanpa persetujuan.
"Sebagai pelakon saya perlu mengambil tahu perjalanan setiap babak dan dialog, bukan main hentam sahaja"
Pasangan ini telah berkahwin pada tahun 2013 dan Awin merupakan pengurusnya.
Izzue Islam kini sibuk dengan penggambaran telefilem, Selirat, arahan Feroz Kader untuk siaran TV3.
Sumber: Berita Harian
0 comments:
Post a Comment