Lama Menghilang, Anita Sarawak Hidap Sakit Kanser?
Penyanyi dan pelakon popular Anita Sarawak telah menghilangkan diri dari dunia seni pada tahun 2011.
Sejak itu, selama hampir tujuh tahun Anita Sarawak tiada perkhabaran berita dan terus hilang daripada radar dunia hiburan.
Macam-macam versi cerita tersebar, tetapi tiada siapa yang dapat mengesahkannya. Semua yang diperkatakan terus tinggal menjadi tanda-tanya.
TERSEREMPAK
Kini kecoh pula kisah mengatakan Anita Sarawak telah kembali menetap di Singapura, selepas seorang peminat terserempak dengannya.
Peminat itu menyatakan dia terserempak dengan Anita di sebuah restoran makanan segera yang agak terpencil di Ang Mo Kio.
Dari laporan Berita Harian, peminat itu yakin wanita yang ditemui bersama seorang lelaki Mat Salih berambut hitam diyakini adalah suaminya, Mahathir Abdullah.
Ini kenyataannya:
"Saya yakin wanita itu adalah Kak Nita apabila mendengar suara dan melihat bibirnya. Bagaimanapun, wajahnya cengkung dan rambutnya tidak diwarnakan lagi.
"Saya lihat Kak Nita amat berbeza kali ini. Raut wajahnya seperti orang sakit. Ketika memerhatikannya, dia sedang makan ubat.
"Saya duduk hanya jarak dua meja daripadanya. Saya percaya, itulah Kak Nita kerana saya duduk bertentang dengannya,"
RAWATAN KANSER
Bagaimanapun, berita terbaru yang kedengaran, Kak Nita kini dikatakan mendapatkan rawatan penyakit kanser di sebuah hospital swasta di ibu kota.
Khabarnya, ada artis lama yang rapat dengannya sudah menziarahinya, tetapi tidak diizinkan membuka mulut atas permintaan penghibur itu sendiri.
Dikatakan, wajah Anita Sarawak sudah jauh berbeza hingga peminat tidak lagi mengenalinya.
Memang banyak cerita yang tidak pasti diperkatakan, sampaikan tidak tahu mana yang betul dan mana pula yang salah.
Mungkin ada benarnya Anita Sarawak kurang sihat berdasarkan cerita peminat yang menemuinya itu.
Sekiranya benar Anita Sarawak ditimpa ujian berdepan penyakit kanser, semoga penghibur popular ini tabah dan terus kuat dengan ujian itu.
0 comments:
Post a Comment