Jutaan Ringgit Dalam 11 Beg Selesai Dikira, Kemudian Peguam NAJIB Umum Letak Jawatan
JUTAAN RINGGIT DALAM BEG
After 11 hours, Police offficer only managed to count 11 bags of cash seized during a raid on three Pavilion Residences units last Friday.
The 11 bags contained tens of millions of ringgit, according to a report by NST.
Sementara itu, melalui laporan Metro, wang tunai dianggarkan berjumlah puluhan juta ringgit dalam 11 beg selesai menjalani proses pengiraan di Ibu Pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman di Menara KPJ, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur, malam tadi.
Beg berkenaan adalah antara 72 beg dirampas polis dalam pemeriksaan terhadap tiga unit kediaman yang dikatakan milik keluarga bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan kenalannya bergelar Tan Sri di Pavilion Residences.
Dikatakan, 26 beg yang mengandungi wang tunai telah dibawa oleh polis ke bangunan Jabatan Siasatan itu untuk proses pengiraan, namun sehingga hari ini hanya 11 beg berisi wang selesai menjalani proses pengiraan.
Ada lagi banyak beg yang masih belum dikira.
Proses membawa wang berkenaan dikendalikan oleh pegawai dan anggota JSJK dengan diberi kawalan ketat anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, lengkap bersenjata api.
Tepat jam 9 malam tadi, lori berkenaan diiringi dua kereta peronda polis (MPV) model Mitsubishi Lancer dan empat motosikal polis trafik serta lima kereta Proton Preve dipercayai menuju ke Bukit Aman.
Kesemua 11 lagi beg berisi wang yang sudah dikira turut dibawa keluar dari bangunan itu untuk dihantar ke Bank Negara Malaysia (BNM).
Wartawan yang melakukan tinjauan mendapati sepasukan pegawai dan anggota polis membawa keluar 26 beg itu dengan diberi kawalan ketat.
Beg itu adalah sebahagian daripada 72 beg diambil JSJK Bukit Aman di Pavilion Residences, Khamis lalu selepas siasatan dilakukan sejak Rabu lalu.
Proses pengiraan wang dilakukan oleh pegawai dan anggota JSJK bermula 10 pagi semalam.
Polis, Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh ketika dihubungi enggan mengulas lanjut proses pengiraan wang itu.
Ia bagi mengelakkan wujud pelbagai spekulasi tidak benar berhubung wang tunai dan barang yang dirampas.
PEGUAM TARIK DIRI
Lawyer, Harpal Singh Grewal has quit as Najib Abdul Razak's lawyer, hours before the former prime minister of Malaysia was slated to be questioned by the MACC.
Harpal confirmed that he had withdrawn as Najib's lawyer after a meeting at his client's home in Taman Duta last night, according to Berita Harian.
Peguam Datuk Harpal Singh Grewal dan M Athimulan menarik diri sebagai peguam mewakili bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Harpal Singh sebelum in isering memberi kenyataan tentang keadaan DS Najib ketika rumahnya diserbu pihak berkuasa.
Beliau telah mengesahkan menarik diri selepas mengadakan pertemuan dengan DS Najib di kediamannya di Langgak Duta, Taman Duta, semalam.
"Ya, saya sahkan sudah menarik diri sebagai ahli guaman mewakili Najib.
"Selain saya, seorang lagi rakan iaitu Athimulan turut menarik diri,".
Dalam perbualan itu Harpal Singh menyatakan dia serta Athimulan menarik diri secara sukarela dan bukannya dipecat oleh Najib.
0 comments:
Post a Comment