Kerana Tun M, Farid Kamil Terima Padah.. Ini Satu Lagi Pendedahan Mengejutkan
Selebriti bergelar Datuk iaitu Farid Kamil telah menerima pada apabila menyatakan sokongan terhadap Tun Dr Mahathir ketika peminpin ini menjadi pembangkang.
Faid Kamil telah mendedahkan namanya digam oleh pihak produksi gara-gara kelantangan bersuara tentang kerajaan terdahulu dan menyokong Tun Mahathir.
Farid Kamil yang kini berumur 37 tahun, berkata dia tidak menerima tawaran dan masih menunggu bayaran penuh daripada beberapa produksi sejak awal Januari lalu.
Ini pendedahan Farid Kamil:
"Saya baru sedar nama saya telah digam oleh pihak produksi sejak awal Januari lalu. Mereka tidak mahu mengambil saya bekerja.
"Sejak awal Januari lalu, nama saya kena tarik dan ada yang belum melangsaikan bayaran penuh kepada saya biarpun drama sudah habis ditayangkan.
"Alasannya sebab saya terlalu lantang bersuara mengenai kerajaan terdahulu dan kes mahkamah saya itu kira kesimbungan apa yang berlaku,"
Farid ditemui ketika sesi pertemuaan anak-anak seni dengan Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil di Restauran Dapoq Che Jun, Stesen Kereta api Kuala Lumpur pada Rabu.
Memang diketahui ramai, Farid Kamil antara selebriti tempatan yang menunjukan sokongan terbuka kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir yang ketika itu berpihak kepada parti pembangkang.
Pelakon ini sering memuatnaik foto Tun Dr Mahathir dan menyatakan sokongan padu kepada Tun M sejak dulu lagi.
Suami kepada Diana Danielle ini juga pernah menyuarakan pendangan mengenai kerajaan terdahulu iaitu Barisan Nasional di laman sosialnya.
Farid Kamil sebelum ini menjadi viral apabila ditahan kerana mengamuk di balai polis dan positif barang terlarang.
Menerusi laporan mStar Online pada 7 Mei lalu, Mahkamah Majistret Petaling Jaya diberitahu Farid Kamil akan membuat pembedahan lutut di sebuah hospital di ibu negara dalam masa terdekat.
Mahkamah membenarkan enam sebutan kes jenayah melibatkan aktor itu ditangguhkan sehingga 29 Jun depan bagi membolehkan dia kembali pulih selepas pembedahan itu.
Dalam pada itu, Farid memberitahu dia tidak mempunyai tarikh sebenar dan masih menunggu giliran untuk melakukan pembedahan lutut kanannya.
"Saya tidak ada tarikh untuk kepastian bila boleh melakukan pembedahan lutut. Sebab kena ikut giliran.
"Buat masa ini, saya tidak boleh melakukan aktiviti lasak. Kalau berjalan pun kena perlahan-lahan,"
Semoga segala perjalanan Datuk Farid Kamil selepas ini leih baik.
0 comments:
Post a Comment