Saya balik rumah dan menangis sepanjang malam - YM Che Puan Sarimah Ibrahim
Nama Sarimah ibrahim sudah tentu kalian kenal sebagai pengacara yang mempunyai percakapan yang amat petah dan menghiburkan.
Selain mengacara, Sarimah Ibrahim juga ada berlakon. Antara lakonannya adalah dalam filem Puteri Impian, Janji Diana dan juga Gerak Khas The Movie.
Kemudian, Sarimah juga boleh menyanyi dan mempunyai lagu hits berjudul Kini kau Tiada.
Lagu ini mempunyai dua versi iaitu dalam BM dan juga dalam Bahasa Inggeris yang berjudul, Now That You're Gone. Memang sedap lagu ni.
Dalam perkembangan terkininya, Sarimah atau nama setelah berkahwin YM Che Puan Sarimah Ibrahim telah tampil mendedahkan pengalaman sedihnya.
Dikatakan Sarimah telah mengalami kerugian mencecah RM40,000 kerana pernah ditipu pengilang tempatan.
Memetik laporan portal Gempak, kejadian berlaku tahun lepas ketika Sarimah sedang mencari pihak pengilang untuk menghasilkan jenama alat soleknya.
Ini pendedahan dari Sarimah:
"Saya sekadar percaya dan bila sampel dihantar oleh pengilang itu ke Singapura, saya dapati bahan digunakannya boleh memberi kesan bahaya kepada kulit.
"Saya balik rumah dan menangis sepanjang malam kerana kecewa dengan apa yang berlaku.
"Saya bukan sekadar ditipu pengilang dan kerugian wang ringgit malah hampir putus asa untuk menghasilkan produk alat solek ketika itu"
Pun begitu, akhirnya masih ada sinar baharu buat bintang ini apabila rakannya memperkenalkan kepada pengilang yang betul dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
"Alhamdulillah setelah sekian lama mencari akhirnya saya dapat juga menghasilkan produk jenama alat solek sendiri.
"Saya tampil mendedahkan perkara ini agar orang ramai mengambil langkah berhati-hati jika mahu berurusan dengan pengilang produk,"
Itulah kisah pengajaran dari Sarimah Ibrahim. Sekarang ni memang banyak penipu. Kesian Sarimah.
Semoga jadikan pengajaran buat semua.
0 comments:
Post a Comment