Senarai Penuh Menteri Kabinet, Juga Video Tun Mahathir Umum Tarik Diri


Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kenyataan bahawa beliau akan menarik diri dari portfolio Menteri Pendidikan seperti yang diumumkan sebelum ini.

Ini kerana perkara berkenaan merupakan satu pelanggaran janji dari manifesto Pakatan Harapan yang mana Perdana Menteri tidak boleh memegang jawatan portfolio yang lain.

Perkara ini diakui oleh Tun Mahathir sendiri dan Menteri Pendidikan diberikan kepada Dr Maszlee Malik.

I cannot take education minister portfolio, says Primie Minister, Tun Dr Mahathir.

It is because it violates the Pakatan Harapan manifesto. He said this in a Facebook video titled "The 'Education Minister' issue. This is Mahathir's response".

Asked if he would take up the portfolio, he replied: "I cannot" On whether he would personally like to assume the portfolio, he said: "I would like to. Otherwise, why I would choose that portfolio."

Ini videonya Tun M:



Tun Mahathir telah menghadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V di Istana Negara dan menyerahkan senarai nama Ahli Parlimen untuk dilantik sebagai Menteri Persekutuan yang baharu.

Pelantikan itu adalah mengikut "perenggan (b) Fasal (2) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan."

Tun Dr Mahathir diterima mengadap oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan Kelantan pada 5 petang hari ini bersamaan 18 Mei 2018.

Ini merupakan nama diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong:



Perdana Menteri

1. Tun Dr Mahathir Mohamad (BERSATU - Langkawi)

Timbalan Perdana Menteri

2. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (PKR - Pandan)

Barisan Menteri

BERSATU:

3. Menteri Dalam Negeri: Tan Sri Muhyiddin Yassin (Pagoh)

4. Menteri Pendidikan: Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam)

5. Menteri Pembangunan Luar Bandar: Rina Harun (Titiwangsa)

PKR:

6. Menteri Wanita dan Pembangunan Keluarga: Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Pandan)

7. Menteri Hal Ehwal Ekonomi: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (Gombak)

8. Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan: Datuk Zuraida Kamaruddin (Ampang)

DAP:

9. Menteri Kewangan: Lim Guan Eng (Bagan)

10. Menteri Pengangkutan: Anthony Loke Siew Fook (Seremban)

11. Menteri Komunikasi dan Multimedia: Gobind Singh Deo (Puchong)

12. Menteri Tenaga Manusia: M Kulasegaran (Ipoh Barat)

AMANAH:

13. Menteri Pertahanan: Mohamad Sabu (Kota Raja)

14. Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani: Salahuddin Ayub (Pulai)

15. Menteri Kesihatan: Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor)

Yang di-Pertuan Agong memberi perkenan kepada nama-nama yang telah dicadangkan.

Satu  istiadat mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah rahsia sebagai Menteri Persekutuan akan diadakan pada 11.30 pagi Isnin, 21 Mei 2018 di Istana Negara.


0 comments:

Post a Comment