Komen Mengejutkan Fattah Amin, Fazura Tentang Syafiq Kyle


Pasangan pelakon paling popular di Malaysia iaitu Fattah Amin dan isterinya, Nur Fazura memberi komen tentang kontroversi yang melanda pelakon Syafiq Kyle.

Ternyata pasangan ini bersimpati terhadap Syafiq Kyle yang ketika ini berdepan kontroversi video yang amat mengaibkan.

Fattah Amin memberitahu, sebagai kawan, dia berharap isu berkenaan diselesaikan dengan baik oleh Syafiq dan pihak pengurusannya.

Ini komen Fattah Amin:
"Bagi saya, gosip boleh berlaku pada mana-mana selebriti termasuk diri saya. Kita harus bersedia dalam menghadapi perkara ini.

"Sudah namanya gosip, belum tentu betul atau salah. Macam saya, jika kontroversi tercetus, saya akan berbincang dengan pihak pengurusan. Ini kerana kadang-kala kita tidak tahu bagaimana mahu uruskan isu yang timbul.

"Saya dan isteri (Fazura) bersimpati dengan Syafiq... Apatah lagi perkara ini berlaku pada bulan Ramadan," 

Itulah kata-kata dari Fattah kepada media selepas majlis pelancaran single Aidilfitri dendangannya berjudul Syawal Kali ini di sebuah pusat beli-belah di sini, sebentar tadi.

Selain itu, Fattah juga sempat menasihatkan orang ramai supaya tidak terus menyebar mahupun bercertia tentang isu membabitkan Syafiq Kyle ini kerana dikhuatiri boleh mengeruhkan lagi keadaan.

"Bayangkan, jika kita sebarkan isu ini, secara tak langsung kita mengambil bahagian dalam perkara yang tercetus... Lebih baik berdiam," 

Terkini, Syafiq Kyle tampil menjelaskan dirinya dan pihak pengurusan memandang serius kontroversi video tular itu dan sedang mencari jalan penyelesaian terbaik menanganinya.

Pelakon drama Nur ini berharap kesulitan yang timbul ekoran penyebaran video itu dapat ditamatkan serta merta lebih-lebih lagi ketika umat Islam sedang menyambut bulan yang mulia, bulan Ramadan.

0 comments:

Post a Comment