Yana Samsudin seorang pelakon yang cukup terkenal di Malaysia, mempunyai hubungan ipar dengan Farid Kamil.
Ini setelah Yana Samsudin berkahwin dengan adik Farid Kamil iaitu Fadzil Zahari.
Setelah pelbagai kontroversi melanda abang iparnya itu, Yana Samsudin tampil memberi komen terkini tentang keadaan Farid Kamil dan juga isterinya pelakon cantik jelita Diana Danielle.
Yana Samsudin akui berasa gembira dengan perkembangan hubungan abang iparnya Datuk Farid Kamil dan isteri Datin Diana Danielle yang digambarkannya sebagai kembali harmoni.
Kata Yana Samsudin lagi, dia benar-benar berharap kebahagiaan pasangan sama cantik dan sama padan tersebut lebih telus dan kekal sehingga ke akhir hayat mereka.
Pelakon yang popular menerusi filem Adnan Sempit ini berkata, mungkin ada hikmah nya di sebalik kejadian malang yang menimpa Farid Kamil beberapa bulan lalu.
“Saya harap ia telus dan berkekalan sehingga ke anak cucu"
"Saya kenal dia sudah lama dan tidak percaya dia melakukan perkara itu. Tapi ia mungkin jalan yang sudah tertulis.
"Allah ingin tunjuk dia jalan yang lain dan lebih baik. Semuanya sekarang sudah jadi harmoni"
"Saya sokong daripada bahagian keluarga. Apa yang berlaku ini bukan memberi kesan kepada dia sahaja, malah satu keluarga"
Sebagai salah seorang ahli keluarga, Yana akan sentiasa menyokong semua tindakan yang diambil oleh Farid Kamil sekeluarga.
Diimbas kembali tentang kejadian yang meinmpa Farid, pada Januari lalu, Farid ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 90 Akta Polis 1967 kerana mengamuk dan berkelakuan tidak baik di balai polis serta Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana perlakuan yang telah mendatangkan kecederaan.
Farid Kamil juga disiasat tentang bahan terlarang.
0 comments:
Post a Comment