Mufti Panggil Faiz Roslan.. Baca Kenyataan Penuh


Ini perkembangan terkini tentang Faiz Roslan yang semkin popular dan menjadi-jadi sejak akhir-akhir ini.

Jejaka yang tampil dengan imej wanita ini terkenal dengan video parodinya namun tindakannya di bulan Ramadhan ini agak kurang ajar dan dilihat langusng tidak menghormati bulan puasa.

Malah Faiz secara terbuka mengaku tidak puasa dan memuatnaik video di laman media sosial miliknya.

Oleh kerana itu, memang teruk Faiz Roslan kena sekolah dengan para netizen.

Kali ini Mufti Wilayah tampil memberi kenyataan.

Ini komen dari Mufti Wilayah:

MUHAMMAD FAIZ ROSLAN

1. Sehari dua ini, kami terdengar isu yang begitu hangat diperbincangkan oleh netizen Malaysia berkenaan seorang instafamous anak muda lelaki yang sering memuatnaik gambarnya dengan pakaian wanita serta mengaku tidak berpuasa di bulan Ramadhan.

2. Sejujurnya, saya baru sahaja meneliti beberapa maklumat yang diperoleh tentang anak muda ini melalui rakan-rakan staf di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Saya juga dimaklumkan yang beliau telah menutup akaun Instagramnya baru-baru ini atas sebab yang tidak diketahui.

3. Kepada saudara Faiz, saya yakin dan percaya saudara mempunyai iman yang baik, semangat serta keberanian yang tinggi. Jika tidak, masakan saudara dan rakan-rakan sanggup hadir jemputan Motif Viral tempohari dan berbincang dengan baik.

4. Sudah menjadi kebiasaan manusia kadangkala terkhilaf dalam menyampaikan pandangan dan tindakan. Justeru, sebaiknya adalah kembali kepada kefahaman sebenar al-Qur’an dan al-Sunnah yang telah digariskan dalam Islam. Saya yakin, setiap masalah akan ada titik penyelesaiannya.

5. Ada juga yang meminta Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengenakan tindakan penguatkuasaan kepada beliau atas kelakuannya yang tidak menghormati bulan Ramadhan. Ingin saya nyatakan bahawa sebarang bentuk tindakan penguatkuasaan undang-undang berkaitan adalah di luar bidang kuasa Mufti dan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

6. Saya dengan penuh rendah diri dan sukacita menjemput saudara Faiz Roslan dan rakan-rakan untuk hadir ke Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan yang beralamat di:

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, 
Aras 5, Kompleks Islam Putrajaya Blok D,
Jalan Tun Abdul Razak, Presint 3, 
62100 Putrajaya, WP Putrajaya.

Saudara Faiz boleh berhubung melalui Setiausaha Mufti di talian 03-88709104 ATAU Ustaz Muhammad di talian 017-2559506. Saya menanti balasan daripada saudara Faiz. Semoga ada penyelesaiannya bagi isu-isu yang berbangkit.

Akhukum fillah,

Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan

Diharap Faiz Roslan dapat menjawa panggilan dan jemputan dari pihak Mufti supaya dia kembali ke jalan yang lurus. Dah jauh sangat terpesong tu.

Diharap dapat sebarkan supaya sampai jemputan ini dapat diketahui oleh tuan punya badan, Faiz Roslan.

0 comments:

Post a Comment