Ayat Pedas! Johan Asaari Minta Geledah Rumah Tun Mahathir Pula, Tengok Duit


Pelakon popular Malaysia, Johan As'ari membuatkan ramai pihak berang apabila menulis ayat yang agak panas.

Johan As'ari dengan selamba stelah menulis kata-kata yang mungkin agak pedas untuk dibaca oleh bagi sesetengah netizen di laman media sosial miliknya.

Penulisan Johan Asaari ini teruk dikecam oleh para netizen di laman media sosial terutama pengikut setia Tun Dr. Mahathir. 

Apa yang buat ramai marah sangat tu? Jom baca apa yang ditulis olehnya.



Ini ayat panas yang ditulis oleh Johan Asaari: 'Cuba check rumah Tun, mesti banyak jugak duit.' diikuti dengan emoji duit.



Ini ekoran penggeledahan oleh pihak berkuasa yang dibuat ke atas bekas perdana menteri iaitu Datu Seri Najib Razak.

Nampaknya, Johan Asaari menyarankan buat penggeledahan ke atas rumah Tun Mahathir pula selepas ini.

Ekoran ayatnya itu, ada kalangan pengikut-pengikutnya yang meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan pelakon tersebut.

Ini antara respon balas dari pengikutnya di Twitter:

'I lost my respect dekat you Johan'

'Sorang lagi cari publisiti. Kesian'

'Saja cari publisiti murahan nak suruh viral'

'Sindrom artis tak laku'

'Fuh parah penyakit jilat kau sekor ni. bila berlakon dah tak laku, cuba nak cari publisiti murahan.

'Berlakon tak laku, acah2 alim pun tak laku, jadi gila mcm iqram dinzly je menjadi..tunggu pakai skirt, menari-baru je ni. Aku tunggu johan razak.'

'Check otak awak juga takut time tweet benda ni otak tengah tak function'

Dalam pada itu,  Johan As'ari yang dihubungi oleh waratwan Sinar harian, akui bahawa dia yang menulis kata-kata itu.

Katanay dia kesian melihat apa yang berlaku ke atas bekas perdana menteri itu.

Kata  Johan As'ari lagi dia tidak bermaksud untuk memperlekehkan PM Tun Mahathir dan juga amat mengagumi Tun Mahathir.

Ini komennya:

"Johan kasihan dengan DSN dan sekeluarganya. Maaflah andai Johan mengguris hati ramai pihak," 

"Ya, Johan amat mengagumi Tun M, beliau seorang yang begitu pintar. Semua PM ada kelebihan yang tersendiri. Pasti ada hikmah di dalam apa jua situasi. Johan sentiasa mendoakan yang terbaik buat Malaysia tercinta," 

Itulah yang berlaku tentang  Johan As'ari. Apapun, Johan pun dah mengaku di atas perbuatannya itu.

0 comments:

Post a Comment