AKHIRNYA Peti Besi Di Kediaman DS Najib Berjaya Dibuka.. Ini Isi Kandungannya
Sebelum ini kecoh apabila ada satu peti besi telah dijumpai di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Jalan Langgak Duta, Jalan Duta ketika pemeriksaan oleh pihak polis.
Peti besi itu khabarnya tidak pernah dibuka setelah sekian lama kerana kehilangan kunci.
Akhirnya semlam peti besi yang penuh misteri dan menjadi tanda tanya itu telah berjaya dibuka.
Difahamkan sebanyak dua orang tukang kunci ditugaskan khas untuk membuka peti besi yang berada di tingkat satu kediaman itu.
Menurut sumber, peti besi lama keluarga itu tidak dapat dibuka sebelum ini kerana kuncinya telah disalah letak dan tidak tahu mana hilangnya.
APA ISI KANDUNGAN PETI BESI
Menurut satu laporan Sinar Harian, setelah berjaya dibuka, peti itu didapati mengandungi sejumlah wang tunai.
"Tugasan buka peti berkenaan telah selesai dan peti besi itu mengandungi wang tunai," memetik dan menurut laporan portal berkenaan.
Bagaimanapun,difahamkan jumlah wang tunai itu masih belum dapat dipastikan.
Selain itu, terdapat juga beebrap dokumen seperti sijil kahwin DS najib dan juga Datin Rosmah di dalam peti besi itu.
ADA 8 PETI BESI
Dua tukang kunci yang berjaya membuka peti besi lama di kediaman bekas Perdana Menteri di Jalan Langgak Duta, Jalan Duta di sini kini ditugaskan telah untuk membuka lapan lagi peti besi.
Difahamkan kelapan-lapan peti besi berkenaan kini berada di kediaman rasmi perdana menteri di Seri Perdana, Putrajaya.
Menurut sumber, dua tukang kunci berkenaan mula ditugaskan membuka peti besi berkenaan sejak pagi tadi namun sehingga tengah hari, difahamkan hanya satu sahaja peti berjaya dibuka.
"Operasi masih berjalan sehingga kini dan belum selesai.
"Siasatan masih dijalankan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan nanti,"
Itulah perkembangan terkini tentang peti besi yang dijumpai di kediaman Datuk Seri Najib Razak.
Sumber: Sinar Harian
ENGLISH REPORT
Two locksmiths have succeeded in opening the safe that allegedly had been locked for two decades in the private residence of former Primi Minister, Datuk Seri Najib Razak.
According to Sinar Harian, the safe contained some amount cash. The amount is not known.
The two locksmiths worked from morming till afternoon today to open the safe.
Adter succeded opened the safe, the locksmiths have now been tasked to open another eight safes found in the official residence of the Prime Minister in Putrajaya.
-MSN-
0 comments:
Post a Comment