Langsung Tak Jumpa Lagi Bagus - Awi Rafael.. Pulak Dah
Kini Awi Rafael dan pelakon Atikah Suhaime telahpun bertunang. Sememangnya hubungan pasangan ini tidak dapat dihidu oleh pihak media dan orang ramai.
Ramai juga tak sangka rupanya meraka ada jalin hubungan dan kini telahun bergelar tunangan orang.
Dalam perkembangan terkini, ada satu cerita tentang Awi Rafael dan juga Atikah Suhaime yang mana mereka baru saja bertunang bulan Mac yang lalu
PILIH TAK NAK JUMPA SELALU
Seperti biasa, ada segelintir pasangan bercinta lebih memilih untuk jarang berjumpa dengan pasangan masing-masing kerana perasaan rindu terhadap satu sama lain akan lebih menebal dan secara automatik rasa sayang juga semakin dalam.
Penyanyi popular, Awi Rafael membuat kenyataan dengan memilih untuk jarang bertemu tunangnya atas komitmen kerja masing-masing.
Malah ketika konsert final Gema Gegar Vaganza 2 (GGV2) yang berlangsung tak lama dulu, Atikah Suhaime, tunangnya langsung tidak kelihatan di malam konsert tersebut.
Menurut Awi, Atikah ketika itu sedang berada di Indonesia untuk sesi penggambaran filem dan sedang sibuk mempelajari bahasa kebangsaan Indonesia.
Dalam pada itu, disebabkan komitmen masing-masing mereka jarang berjumpa dan Awi berkata itu lebih baik untuk hubungan mereka.
KOMEN AWI RAFAEL
Ini komen Awi:
"Eloklah jarang berjumpa lagipun kami dalam fasa bertunang, tak jumpa pun lagi bagus biar kita lebih rindu antara satu sama lain,"
"Alhamdulillah saya sangat bersyukur kerana bakal isteri saya sangat memahami saya dan hubungan kami malah saya juga pernah bercakap dengan dia kalau masih mahu bekerja dan masih mahu menjadi pelakon, teruskan dan buat betul-betul"
Tambahnya lagi, dia dan tunangnya hanya berhubung melalui telefon sahaja dan dia berharap orang ramai mendoakan yang terbaik buat hubungan mereka.
Katanya lagi, Atikah sering memberi sokongan yang tidak putus-putus terhadap dirinya dan dia sangat berterima kasih dengan tunang tercintanya itu.
Malah Awi juga bukan sahaja berterima kasih terhadap tunangnya tetapi kepada peminat-peminatnya juga yang sentiasa memberi sokongan buat dirinya.
Diimbas kembali, Awi telah memenangi tempat ketiga di Gema Gegar Vaganza dan membawa pulang hadiah sebanyak RM20,000 beserta trofi sumbangan Astro.
0 comments:
Post a Comment