LAPORAN BAHASA MALAYSIA
Malam semalam, pihak polis dengan begitu banyak kereta dan sebuah lori Black Maria telah tiba di rumah Datuk Seri Najib Razak utnuk membuat serbuan.
Tindakan ini telah menimbulkan kemarahan orang yang rapat dengan bekas perdana menteri itu.
Dari laporan portal MalaysiaKini, seorang sumber yang bercakap kepada Malaysiakini menyifatkan tindakan polis itu yang dibuat sehari sebelum umat Islam berpuasa adalah tidak wajar.
Sumber itu turut berkongsi gambar DS Najib Razak yang kelihatan tertidur di sofa dengan masih memakai baju Melayu sama yang dipakai ketika berterawih semalam, ketika pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dikatakan menggeledah rumahnya.
Menurut sumber itu lagi, sebagai bekas perdana menteri, Najib perlu dihormati dalam apa jua situasi.
"Ini sesuatu yang tidak wajar. Kenapa mereka (polis) tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) perlu bersiap untuk sahur,"
Sumber itu juga mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung operasi polis itu yang dilakukan seminggu selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
"Nampak macam pembalasan dendam Mahathir sudah menang. Saya harap dia gembira di mana jua dia sedang tidur sekarang,"
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan polis menjalankan 'pencarian' di kediaman Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur.
Polis mengatakan bahawa operasi yang sama turut diadakan di lima lokasi lain, termasuk di Pavillion Residence di Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Operasi itu dipercayai mempunyai kaitan dengan isu 1MDB.
Semalam, Tun Dr Mahathir berkata bekas perdana menteri, Najib Razak mungkin akan didakwa dalam tempoh terdekat.
Pengerusi HARAPAN itu juga menolak kemungkinan akan membuat tawaran dengan Najib.
Tun Mahathir juga mendakwa bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu beliau rancangannya untuk mendakwa Najib setelah bekas presiden Umno itu tidak lagi berkuasa.
Abdul Gani Patail sebelum ini mengetuai unit khas yang terdiri daripada bekas ketua polis dan pengarah Bank Negara serta SPRM bagi menjalankan siasatan berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Najib, selain isu berhubung SRC International.
ENGLISH REPORT
The police's search of former prime minister Najib Abdul Razak's residence along Jalan Langgak Duta in Kuala Lumpur has raised the ire of those close to him.
A source told Malaysiakini that conducting such an operation on the first day of Ramadhan was unwarranted.
The source also shared a photograph of DS Najib Razak falling asleep on the sofa while police officers from the federal commercial crimes department combed his house.
He pointed out that as a former premier, the latter should be accorded due respect regardless of the circumstances.
The source also criticised Prime Minister Dr Mahathir Mohamad over the operation.
"Looks like Mahathir's revenge has won. I hope he is happy wherever he is sleeping"
Earlier, Bukit Aman commercial crime department director Amar Singh Ishar Singh confirmed that police were searching the residence but declined to elaborate.
He was also quoted as saying that similar operations were being carried out at five locations, including the Pavillion Residence in Kuala Lumpur and the Prime Minister's Office in Putrajaya.
It is believed that the operation is related to the 1MDB scandal.
At about 10.15pm, more than a dozen police cars and a Black Maria truck often used to transport detainees, pulled up outside the former premier's house.
This sparked off speculation that Najib might be arrested.
Sumber: MalaysiaKini
0 comments:
Post a Comment