"Ibu Saya Menangis" - Kenyataan Terakhir Syafiq Kyle
Kontroversi video pelakon Syafiq Kyle yang viral sejak Ahad lalu akan terus menjadi persoalan orang ramai.
Ini berikutan pelakon itu memilih untuk tidak mengesahkan video itu adalah dirinya dan hanya akan membiarkan orang ramai memberi pandangan masing-masing.
Bagi Syafiq, ini merupakan dugaan buatnya.
Ini komennya:
BIARLAH ORANG CAKAP
"Sama ada saya atau tidak tetap akan ada pandangan yang berlainan dan saya adalah insan yang bertanggungjawab untuk memanjangkan atau pendekkan isu ini. Saya pilih menghentikannya di sini dan meneruskan kehidupan.
"Bagi saya, biarlah orang nak cakap itu saya atau bukan. Saya juga menghargai dugaan ini sebagai perkara yang mematangkan saya,"
DAH DUA TAHUN
"Dua tahun lalu saya sudah menghidu tentang video tersebut ada yang jumpa saya beritahu mereka sudah melihatnya. Saya tertanya-tanya video apa yang dimaksudkan sehinggalah ia tersebar dua hari lalu.
"Sejujurnya saya tidak mahu tengok video-video itu sejak ia tular dan dikongsikan di media sosial.
"Saya tidak sangka ia jadi sebesar ini dan terjadi pada bulan Ramadan, di mana sepatutnya menjadi bulan saya membersihkan dosa-dosa lampau saya,"
SIAPAKAH MIRA DALAM VIDEO?
Selain itu, apabila ditanya tentang wanita yang dikenali sebagai Mira, Syafiq memberitahu dia mungkin mengenali wanita itu.
"Mungkin kami pernah kenal, saya sendiri tidak mahu memanjangkannya"
REAKSI KELUARGA, IBU MENANGIS
Dalam pada itu, ditanya tentang reaksi keluarga, pelakon itu berkata, ibu adalah insan paling terkesan dan kecewa dengan berita tersebut.
Namun, dia bersyukur keluarga masih memberi sokongan dan menjadi tulang belakang untuk dia berhadapan dengan pengalaman buruk ini.
"Ibu saya menangis sebelum dia jumpa saya berbincang tentang perkara ini. Sudah tentu dia sedih kerana laman berita yang melaporkan berita-berita kerjaya dan kejayaan saya bertukar melaporkan berita paling buruk anak dia.
"Saya tahu apa yang terjadi ini memberi kesan juga pada kehidupan mereka, saya sendiri kena bangun tunjukkan sesuatu yang positif agar mereka tidak bimbang dengan keadaan saya"
MESEJ PERBUALAN DM YANG TERSEBAR
Ditanya mengenai paparan skrin membabitkan perbualan dengan individu yang dikatakan mengguna akaun Instagram, Syafiq menegaskan dia tidak mengenali individu terbabit.
"Saya fokus kepada isu video dan apabila timbul hal paparan skrin ini, saya membiarkan isu berkenaan dikendalikan pihak pengurusan.
"Saya tak ambil 'pot' (kisah) isu paparan skrin kerana ia tidak benar dan memang benarlah ia disunting,"
TINDAKAN UNDANG-UNDANG
"Pengurusan saya sedang berbincang dengan beberapa pihak untuk menyelesaikan hal ini."Proses itu sedang berjalan termasuk mendapat nasihat peguam,"
Syafiq Kyle membuat sidang media di sebuah hotel semalam.
Pertemuan antara Syafiq Kyle dan pihak media ini diaturkan oleh pihak pengurusannya bersama beberapa pihak media selepas isu itu berlarutan tanpa penjelasan daripada mulut aktor berkenaan.
Ini ekoran satu video berdurasi kira-kira dua minit itu mula tersebar dan menjadi perbincangan hangat di laman media sosial.
0 comments:
Post a Comment