Ramadhan Paling Manis Buat Nurul Izzah, Ayah Ahirnya Dibebaskan
Memang penuh bermakna buat keluarga Anwar Ibrahim apabila ikon ini akhirnya akan dibebaskan.
Anaknya Nurul Izzah berkata, bulan Ramadhan kali ini akan menjadi penuh bermakna dan cukup manis baginya dan juga semua hali keluarga.
Ini komennya:
"Awak tidak dapat bayangkan betapa gembiranya kami kerana Ramadan kali ini akan menjadi yang paling manis selepas sudah banyak kali tidak dapat menyambutnya bersama (ayah, Datuk Seri Anwar Ibrahim).
Nurul Izzah berkata demikian ketika ditanya perasaan beliau melawat bapanya itu buat kali terakhir malam tadi sebelum pemimpin reformasi itu dijangka dibebaskan.
Nurul Izzah yang dilihat begitu teruja berkata, walaupun begitu, beliau masih tidak melupakan "keluarga" besarnya di Permatang Pauh dan akan mengaturkan majlis berbuka puasa bersama mereka sebagai Ahli Parlimen kawasan berkenaan.
"Pembebasan ini adalah pemberian termanis di mana semua cucu (Anwar) akan berkumpul berbuka puasa dan bersahur bersama.
"Tentulah keluarga terbesar saya adalah rakyat di Permatang Pauh dan saya juga akan berbuka puasa bersama mereka juga di sana,"
Menurutnya, PKR berjuang melakukan reformasi sejak lama dahulu kerana ia bukanlah disebabkan ayahnya semata-mata tetapi juga kerana mahu menegakkan keadilan.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, ketua pemimpin reformasi itu akan dibebaskan dari wad Hospital Rehabilitasi Cheras selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V yang mempengerusikan Mesyuarat Lembaga Pengampunan di Istana Negara.
Sebaik sahaja Lembaga Pengampunan memperakukan syor pembebasan dan pengampunan penuh, pembebasan Anwar akan bermula dari Hospital Rehabilitasi Cheras tengah hari dan tidak perlu ke Penjara Sungai Buloh.
0 comments:
Post a Comment