Kami memang tak mengundi, jadual padat - Hanis Zalikha


Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) pada 9 Mei yang lalu memang satu kejadian bersejarah buat Malaysia.

Ini apabila buat pertama kalinya, pihak pembangkang berjaya memenangi pilihanraya itu setealh hampir 60 tahun dimenangi oleh BN.

Impak PRU masih belum reda dengan pelbagai isu yang bukan sahaja melibatkan ahli politik tetapi golongan selebriti.

Tetapi ada kisah panas yang berlaku kepada pasangan suami isteri  Hairul Azreen dan Hanis Zalikha yang didakwa tidak keluar mengundi apabila dilihat tidak memuat naik gambar jari dengan kesan dakwat kekal.

Pelbagai kecaman dilontarkan kepada pasangan ini kerana dikatakan tidak mengundi.

TAK MELATAH, DEDAH PUNCA

Hanis bagaimanapun enggan melatah dengan kata-kata kecaman dilemparkan terhadap mereka kerana mengakui tidak berkesempatan keluar mengundi.

Jelas Hanis, tindakan itu bukannya sengaja sebaliknya tuntutan kerja yang kebetulan jatuh pada hari sama dengan PRU14 membuatkan mereka tidak dapat melaksanakan tanggungjawab itu.

"Jujurnya memang kami berdua tidak keluar mengundi dan ia bukannya disengajakan tetapi tuntutan kerja membuatkan hasrat itu tidak dapat dilaksanakan.

"Pada hari tersebut kami terlibat dengan penggambaran bersama Jakel untuk koleksi hari raya dan ia tidak boleh dipinda memandangkan jadual Hairul padat dengan penggambaran filem Paskal," 

"Jujur saya kecewa dan menyalahkan diri sendiri kerana tidak dapat melaksanakan tanggungjawab untuk mengundi. 

"Lebih-lebih lagi apabila saya melihat kebangkitan rakyat dan semangat nasionalisme tinggi yang ditunjukkan membuatkan saya berasa sangat terkilan kerana tidak dapat mengundi"

Sementara itu, untuk pilihan raya akan datang, Hanis berjanji akan memastikan menjalankan tangunggjawabnya pada pilihan raya akan datang dalam tempoh lima tahun lagi.

0 comments:

Post a Comment