Tak perlu keji orang bagai tiada esok lusa, luah Dira Abu Zahar


Pelakon dan pengarah, Dira Abu Zahar memang terkenal denagn perjuangan sebagai Puteri Umno.

Dira Abu Zahar yang merupakan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka meneruskan legasi arwah ayahnya untuk berjuang buat Umno.

Setelah Barisan Nasional tewas dalam pilihanraya yang ke-14, Dato Seri Najib pula mengumumkan telah meletak jawatan sebagai Presiden UMNO.

Namun Dira tampil memebri respon tentang hal ini dan menulis ucapan khas buat bekas Perdana Menteri Malaysia itu.

Ini luahan Dira:

YAB Datuk Seri Najib, 
Saya harap DSN berada dalam keadaan yang baik dan sihat selalu. .

Walau yang di canang Kini hanya keburukan semata-mata, tapi saya percaya, dalam setiapnya, pasti ada yang baik di sebaliknya. .
Yang baik Kita Jadikan tauladan. 
Yang buruk Kita jadikan sempadan. .
Jadi.... Tak perlu keji orang bagai tiada esok lusa. 
Tak perlu nak menghukum bagai tiada dosa dan pahala. 
Tak perlu menghakimi sesiapa bagai dunia milik Kita semata. .
Datuk Seri @najib_razak, saya doakan yang baik-baik buat DS. 
Ada hikmahnya atas yg berlaku. 
Kami anak muda akan terus memacu parti kesayangan ini dgn semangat yg lebih progresif, with or without u sir. 
Insyallah, kami takkan persiakan amanat DS. .
Moga Allah SWT merahmati DSN dan keluarga. .
Amin Amin Amin. .

SELAMAT ULANGTAHUN UMNO YG KE 72. .

Ps- posting ini tiada kene mengena dengan artis kegemaran kalian. 
Beliau penyokong parti politik, sama spt kalian. 
Saya penggerak parti politik, sama seperti arwah ayah. 
Jadi mohon jangan lagakan kerana Kita berada dalam padang yg berbeza. .
Faham ke faham ? 

#kitatetappilihbiru.



Sebelum ini Dira amat popular dan menjadi viral apabila memetik anam Fathia Latiff didalam persidangan UMNO yang mana dia membidas tindakan Fathia yang sering memuatnaik status dan padnanagn di laman media.

Kes ini menjadi viral di Malaysia.

0 comments:

Post a Comment