Kesian.. Syura Jalani Rawatan, Kena Penyakit Misteri
Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Syura Badron membuat kenyataan mengatakan dia kini telahpun pulih daripada penyakit misteri yang dialaminya.
Penyakiy misteri ini mula dialami olehnya sejak tahun lepas.
Kata Syura, dia dibawa oleh rakan yang juga penyanyi Bob Yusof untuk berubat secara tradisional bagi memulihkan dirinya yang selalu berdepan dengan mimpi-mimpi pelik sebelum ini.
Ini kenyataan dari Syura:
"Alhamdulillah, selepas Bob bawa saya berubat secara tradisional tak ada perkara-perkara aneh berlaku lagi.
"Saya pun sudah tidak bermimpi yang pelik-pelik seperti sebelum ini. Cuma berat badan saya susut,"
Mengimbas kembali, Syura mendedahkan dia mengalami penyakit misteri sekitar Disember tahun lalu ketika berada di Indonesia untuk merakamkan lagu baru.
Selain muntah berterusan, penyanyi lagu Bakawali itu mengalami sakit kepala teruk dan hilang suara.
Ini antara perkara pelik yang dialami Syura tentang penyakitnya.
~Suara pasti hilang setiap kali waktu pagi.
~Alami migraine dan secara tiba-tiba kebas sebelah badan.
~Telah ditegur oleh Datuk Fadzilah Kamsah selepas terserempak beberapa minggu lalu membuatkan saya kembali terfikir.
~Datuk ada bertanyakan sama ada Syura mengalami mimpi buruk atau rasa pelik, selain itu dia juga memberitahu rasa seram melihat Syura.
~Kawan seram melihat wajah Syura sampai takut nak tegur
Syura mendedahkan dia mula terkena penyakit misteri itu sewaktu merakamkan lagu di Indonesia sekitar September tahun lalu.
Berat Syura juga telah turun sebanyak 12 kg sejak terkena penyakit itu walaupun dia akui masih makan seperti biasa.
0 comments:
Post a Comment