(VIDEO) Aksi Lucu Sultan Johor Bawa Motor Laju Bersama Permaisuri Buat Ramai Terhibur


Sultan Negeri Johor iaitu Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar memang terkenal dengan sikapnya yang prihatin dan mesra.

Baginda merupakan antara salah seorang sultan yang amat berjiwa rakyat.

Di laman media sosial, menag ternyata jelas,  Sultan Ibrahim sentiasa disenangi rakyat jelata dan sering melihat keadaan rakyatnya.

Ini satu lagi berita tentang aksi Sultan Johor yang membuat rakyat terhibur melihat sikapnya yang bersahaja.

Dua buah video telah dimuatnaik oleh anakanda Sultan Johor iaitu Tuanku Idris di laman media sosial miliknya.

Ini videonya:


Video itu menunjukkan aksi lucu Sultan Ibrahim menunggang motosikal sambil membonceng permaisuri, Raja Zarith Sofiah.

Ternyata video berdurasi 20 saat yang dimuat naik Tunku Idris di Instagram telah mencuit hati para followernya.

Ramai yang tidak sangka Sultan Ibrahim seorang yang sangat sporting dan suka mengusik dengan membawa motor sebegitu.

Apa yang menarik perhatian netizen adalah gaya ala-ala ‘rempit’ Sultan Johor bertujuan mengusik permaisuri yang membonceng di belakang.

Ini membuatkan Raja Zarith Sofiah sampai terjerit-jerit  dibuatnya!




Tambah melucukan orang ramai apabila melihat Raja Zarith Sofiah memeluk erat Sultan Johor yang membawa motor dengan memecut laju ala ala Rossi.

Di ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen dengan memuji aksi sempoi dan sporting Sultan Johor yang hanya menunggang motor kapcai.

Aksi yang dirakam dipercayai berdekatan Padang Polo DiRaja di Istana Pasir Pelangi ini mendapat lebih dari 200k tontonan sehingga hari ini.

0 comments:

Post a Comment